DAP Mula Menghalau Melayu Ke Hujung Terowong Gelap

Share This:

Dasar-dasar liberal yang  menjadi panduan perjuangan DAP bukan sahaja untuk meliberalkan kaum yang lain malah mengajak bersama DAP menghapuskan apa yang dimiliki oleh bangsa Melayu di Malaysia. Sejak tahun 1969 perjuangan ini tidak dihentikan dan terus dilaksanakan oleh DAP.

Sejak itu, DAP terus memperjuangkan  konsep kebebasan untuk semua kaum yang mana  rakyat dihasut dengan mengatakan terdapatnya sekatan-sekatan tertentu dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat.

DAP melalui Kit Siang melalui setiap kenyataan yang dilontarkan terus cuba menjauhkan perpaduan diantara orang Melayu dan masyarakat Cina. Kit Siang inginkan jurang pemisah diantara dua kaum ini dan sekali gus  akan menimbulkan rasa syak wasangka diantara keduanya.

Sasaran yang terbaik bagi DAP ialah dengan mendekati golongan moderate berbangsa  Melayu dan terus melakukan asakan minda   untuk bersama-sama menyerang hak-hak keistimewaan orang Melayu yang dilindungi Perlembagaan.

DAP  terus  mengetuai kumpulan Melayu moderat dan golongan kiri bersama-samanya berkali-kali memainkan isu hak istimewa Melayu dan status bahasa Melayu. Tindakan ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi Melayu moderat untuk membunuh bangsa mereka sendiri.

DAP terus menitiskan minyak api perkauman dan prasangka dikalangan sesama Melayu dan bau-bau perkauman diantara kaum yang lain. Rasa gelisah tindakan ini kaum yang lain mula memupukan rasa curiga dan tidak berpuas hati dengan bangsa Melayu.

Tindakan yang dilakukan oleh DAP ini amat merbahaya dan boleh mencetuskan tragedi yang dahsyat dan tidak akan ada kesudahannya. DAP telah menjadikan bangsa Melayu sebagai sasaran serangan mereka yang dilakukan tanpa henti sejak 1969 lagi.

Seperti yang tercatit didalam fakta sejarah Malaysia, DAP telah berikrar akan memusuhi setiap Perdana Menteri yang dilantik dari bangsa Melayu sejak Tun Abdul Razak  mengambil alih jawatan.

Mempergunakan kelemahan orang Melayu telah tercatit dalam sejarah keruntuhan Kerajaan Melaka pada tahun 1511 yang mana orang Melayu sendiri bersekongkol meruntuhkan sebuah kerajaan kesultanan mereka sendiri.

Melalui sejarah tersebut, DAP mengambil pendekatan  sebagaimana sekarang dan terus  berusaha untuk mencari ruang dan peluang untuk mengunakan orang Melayu bagi memusnahkan kerajaan sekarang yang ditunjangi oleh orang Melayu.

DAP amat berharap agar sejarah 1511 akan berulang lagi. Dan mereka  akan menjadi penjajah alaf baru yang  dapat menakluk Malaysia dengan cara demokrasi terancang.  Dalam hal ini DAP telah menggunakan manusia  yang bernama Anwar Ibrahim.

Dalam kepelbagaian usaha yang dilakukan untuk menarik  golongan Melayu ini, DAP terus membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan fakta dan menjadikan ianya seakan  cerita yang sebenarnya. Telah menjadi amalan orang Melayu yang tidak suka menerima kebenaran dahulu , mereka lebih suka menerima berita palsu dan  apabila sesuatu telah berlaku barulah kekesalan dizahirkan.

DAP melihat golongan muda dan cetek sejarah adalah sasaran yang cukup mudah diambil alih pemikiran mereka. Ideologi  pembangkang dengan isu  anak muda dibangkitkan di serata Universiti dan  menerapkan fahaman politik diantara mereka.

DAP menjadi terkenal selepas Pilihan Raya Umum ke-12, apabila orang Cina memperjudikan undi dan menyokong padu parti itu. DAP mengutip kredit daripada kerja keras bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pemimpin yang mempunyai daya tarikan.

Kit Siang merupakan ahli politik yang naik mendadak dalam hieraki politik DAP, ketika berusia 28 tahun, selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, dia berjaya mengawal parti sebagai Setiausaha Agung.Dia memegang jawatan Setiausaha Agung DAP selama 30 tahun.

Bermula dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas itu dia memegang jawatan sebagai Pengerusi DAP dan jawatan terkini sebagai Penasihat DAP. DAP sekali gus telah mendokong dasar komunisme dengan adanya beberapa orang berfahaman komunis berada didalam parti itu.

Menurut rekod, salah seorang pengasas DAP, Chan Kok Kit dan veteran parti, Chian Heng Kai telah ditahan ISA selama 57 bulan dari tahun 1976-1981 kerana didakwa terlibat dalam Communist United Front (CUF).

Kok Kit adalah salah seorang jawatankuasa pro-tem DAP pada tahun 1966. Manakala, Heng Kai menyertai DAP pada tahun 1967, setahun selepas parti itu diluluskan ROS sebagai parti berdaftar.

Kira-kira tujuh tahun selepas tragedi 13 Mei 1969, pada tahun 1976, Kok Kit dan Heng Kai telah ditahan ISA bersama lima tokoh lain yang diklasifikasikan sebagai CUF.

Ketika ditahan ISA, Kok Kit merupakan Penolong Bendahari DAP Kebangsaan, manakala Heng Kai pula adalah Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah serta ADUN Pasir Puteh.

Tindakan ini telah disanggah oleh aktivis DAP yang bernama M. Manoharan yang mempersoalkan tindakan DAP yang membunuh watak Nair dan meyanjungi  dan  mengagungkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Disini amat jelas sekali bahawa DAP yang ada sekarang dimana telah dipimpin oleh Kit Siang dan Guan Eng adalah sebauh parti yang berfahaman komunis dan mendapat khidmat nasihat dari penasihat PAP dan menggunakan   ahli yang berfahaman komunis untuk merngatur gerak langkah  menghapuskan kusa orang Melayu yang telah menjadi musuh tradisi politik dan warisan.

Orang Melayu mesti sedar hal ini, ini bukan ditafsirkan sebagai agenda politik semata-mata malah ianya lebih daripada itu. Pemerintahan Melayu akan berkubur lagi jika ada sebilangan besar orang Melayu yang gagal mempertahankan bangsa Agama dan Negara mereka ini.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*