Berang Ditegur Ponteng, Pelajar Belasah Peniaga Hingga Koma

Share This:

Berang selepas ditegur ponteng sekolah, seorang pelajar bertindak ‘samseng’ membelasah seorang peniaga hingga tidak sedarkan diri.

 
Dalam kejadian yang didakwa berlaku di sebuah pusat beli-belah di Gombak kelmarin, pelajar yang ‘bengang’ dengan peniaga berkenaan telah memanggil beberapa rakannya dari Taman Melati, Gombak untuk membelasah peniaga tersebut sehingga koma.
 
Menerusi perkongsian di Facebook, pelajar terbabit yang memakai pakaian sukan sekolah di Gombak berwarna merah dikatakan ditegur oleh peniaga kerana ponteng sekolah.
 
Difahamkan, berang dengan tindakan peniaga itu, dia memanggil beberapa rakannya dari Taman Melati, Gombak untuk membelasah peniaga tersebut hingga tidak sedarkan diri.
 
Turut dimuat naik gambar pelajar berkenaan dan dua lagi remaja dalam keadaan bergari di samping dua anggota polis serta keadaan peniaga yang terbaring di kedainya.
 
Sementara itu, dilaporkan polis daerah Wangsa Maju telah menahan dua lelaki yang dikenali Qalyubi Miqdam Che Sohor, 23 dan Muhamad Farahan Nabil Khishamuddin, 20 yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
 
Suspek ditahan kemudian sebelum mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu.
 
Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 18 Mei.
 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*