Anak Derhaka Kecandu Dadah

Share This:

Tiada siapa di antara kita mahu menjadi anak derhaka bukan? Kerana betapa azabnya seksaan apabila kita menjadi anak derhaka dan akan menerima pembalasan yang amat Dasyat sekali di Hari Akhirat.

Pada kali ini, ianya berkisarkan seorang anak yang menjadi penagih dadah sehingga beliau menjadi anak yang derhaka kepada ibu bapanya, tanpa membuang masa mari kita ikuti kisah ini untuk renungan dan di jadikan iktibar agar setiap dari kita tidak terjerumus ke arah menjadi anak derhaka.

Leman (bukan nama sebenar) mula menjadi penagih dadah setelah bekerja di luar negeri, akibat salah pilih kawan dan terikut-ikut perkara negatif maka dirinya turut sama di heret ke dalam kancah dadah!

Ketagihan leman terhadap dadah semakin menjadi-jadi,hari demi hari,prestasi kerjanya turut merosot dan seringkali di marahi majikan,malah dia turut menyusahkan kedua orang tuanya di kampung dengan kerap kali meminta wang,gajinya sekitar RM900 sebulan tidak mencukupi untuk membeli dadah!

Kedua orang tuannya juga pelik dengan sikap anak lelaki mereka ini, padahal di awal leman bekerja dahulu dia selalu mengirim wang perbelanjaan kepada keluarganya, namun kini kedua ibu bapanya pula yang kerapkali mengirimkan wang, alasan Leman “nak bayar itu ini”, segala tipu daya di curahkan kepada orang tuanya di kampung.

Akibat prestasi kerja yang sangat teruk, Leman telah diberhentikan kerja dan leman terpaksa pulang ke kampung halamannya semula.

Maka Leman menjadi penganggur yang menyusahkan kedua ibu bapanya, hari-hari minta wang dengan tiada kerja.

“Leman, apa kena dengan awak ni? Awak cuba tengok si udin anak pak mat tu bukan main lagi dia bekerja duit pun banyak!” tegur pak halim ayah Kamal.

Dan kata-kata pak Halim hanya di telannya saja, nama pun penagih dadah, bab menipu nombor satu Leman mendapat idea untuk menipu kedua orang tuanya,suatu hari Leman kebetulan pergi ke klinik dan apabila pulang dari klinik Leman mengatur ayat power kepada kedua orang tuanya.

“Sabarlah Leman, mak dan ayah ada boleh jaga leman. Maafkan ayah juga sebab selama ni anggap leman pemalas bekerja,kalau lah ayah tahu leman ada sakit kanser hati, ayah tidak akan memarahi kamu” luah pak Halim penuh kekesalan.

Di dalam hati Leman bukan main lagi seronok! Apabila skrip lakonannya berjaya membuatkan kedua ibubapanya percaya kepadanya yang dia mempunyai masalah sakit yang kronik!

Maka selepas dari itu ibu atau ayah Leman tidak lagi berkira untuk memberi Leman wang! Itulah yang di mahukan leman! Bukan main kenyang lagi leman dengan dadah akibat dari lakonannya menjadi dan berjaya memperbodohkan kedua ibu bapanya yang Lurus Bendul!

Hari Berganti hari, suatu hari Leman di tangkap polis! Sewaktu dia sedang asyik menghisap dadah di sebuah rumah kosong bersama teman-temannya yang juga penghisap dadah!

Betapa sedihnya ibu bapa Leman ketika itu, namun Leman masih bijak untuk memperbodohkan kedua orang tuanya itu.

“Mak.. Ayah.. Leman tiada pilihan, hanya itulah yang mampu leman buat untuk hilangkan kesakitan leman ni” helah Leman agak mengena apabila dia kembali memperdayakan kedua orang tuanya itu.

Silap Pak Halim dan isterinya tidak bertanya lanjut tentang Leman anak mereka kepada pihak berkuasa, mungkin mereka boleh mengetahui tentang kesihatan leman tetapi mereka berdua lurus bendul.

Setelah dijamin keluar, Leman masih dengan dadahnya setiap hari! Tanpa menyesal sedikit pun akibat di tangkap sebelum ini.

“Mak..saya nak duit!” bentak leman.

“Man, mak dan ayah dah tak ada duit lagi man. Manalah kami nak cari. Kamu lihatlah lauk kita pun apa yang ada saja ni” jelas mak Kiah yang turut susah hati dengan keadaan leman anaknya.

Entah bagaimana di suatu petang mak Kiah puas menyelongkar satu rumah mencari barangnya yang hilang!

“Dah kenapa dengan awak ni Kiah, habis satu rumah berselerak ni” soal pak Halim.

“Abang ada jumpa tak cincin kahwin kita? Kiah sebelum mandi tadi Kiah ingat lagi Kiah letakkan dalam almari tdi tapi ni dah tak ada lagi ” balas mak kiah dengan cemas, itulah satu-satunya cincin emas kenang-kenangan yang dia ada sewaktu dipakaikan di hari pertama perkahwinan dengan suaminya, bukan main sedih lagi mak kiah ketika itu.

Berlainan pula dengan Leman yang pulang dengan hati yang sungguh girang!

“Mak cari apa ni? soal Leman berpura-pura.

“Mak cari cincin mak ni dah tak ada lagi, mak masih ingat mak letakkan di sini” jawab mak Kiah, matanya masih meliar mencari-cari cincinnya.

“La.. Mak ni dah pelupa agaknya,. Mak carilah nanti jumpalah tu” pandai benar leman berpura-pura padahal sudah habis digadainya cincin ibunya untuk membeli dadah.

Pak Halim dan mak Kiah semakin kekeringan wang ketika itu kerana hasil kebun belum dapat dijual lagi dan Leman semakin susah hati kerana dia perlu mendapatkan wang.

Suatu malam, dia menyorong motor ayahnya perlahan-lahan untuk bertemu Kadir kerana mereka telah berbincang sesuatu.

“Apsal lambat Man?? Orang yang nak motor tu dah bising pada aku” Marah benar Kadir pada Leman akibat kelewatan leman.

“Maaflah, kau tahulah aku tunggu mak ayah aku tidur dulu tadi”jelas Leman.

“Dah, ini wang RM 300, motor ni aku ambil ok.” ujar Kadir sambil menyerahkan wang sebanyak RM300 dan motor yang dibawa Leman diambilnya selepas itu.

Sebelum pulang, Leman mencari tokan dadah dulu seperti biasa untuk membeli dadah! Keesokkannya riuh di luar rumah!

“Aku letak di sini motor aku, kunci dalam rumah macam mana pencuri boleh masuk dan ambil kunci??” ujar pak halim kepada jiran tetangganya.

Leman yang baru bangun ketika itu keluar dari rumahnya dengan buat muka tak bersalah.

“Kenapa ni ayah? Soal leman berpura-pura tidak tahu apa-apa.

“Motor ayah dah ada orang curi! Kalau dapat memang aku cincang lumat-lumat!” tegas pak halim, geram sungguh hatinya itulah satu-satunya motor yang dia ada untuk ke kebun atau kemana-mana.

Kehidupan mereka tiga beranak semakin sukar apabila pak Halim seringkali jatuh sakit, buntu mak Kiah memikirkannya. Sedang mak kiah mencuci daun pucuk ubi untuk di buat lauk pada hari itu, Leman masuk ke dapur dan meminta wang.

“Mana lah mak ada duit nak,.ayah kamu tu dah sakit tak dapat bekerja” jelas mak kiah dengan wajah sedih.

“Pergilah pinjam dengan orang sebelah tu. Saya nak duit ni mak, janganlah buat saya marah!” Leman sudah berani meninggikan suaranya sambil membesarkan biji matanya.

Mak kiah menolak permintaan Leman kerana sudah banyak kali dia meminjam dari para jiran tentangganya, sudah malu benar dia rasa untuk meminjam lagi.

Leman menjadi marah! Habis ditolaknya perkakas dapur!lalu dia menuju ke bilik ibu dan ayahnya, dibuka nya almari baju dan dia terjumpa geran kebun ibu dan ayahnya.!

“Awak nak buat apa dengan geran ayah tu Man?” soal pak halim yang hanya terbaring di dalam bilik itu.

“Nak dapatkan duit, kalau tak kita nak dapat duit dari mana?” bentak leman tanpa perasaan takut atau bersalah!

“Jangan man,…ja,…” nafas pak halim tersekat-sekat ketika jantungnya kembali sakit!

Leman tidak mempedulikan tentang ayahnya dia keluar dengan membawa geran kebun milik ayah serta ibunya.

Leman tidak pulang-pulang sejak itu, rupanya dia telah mencagarkan geran itu kepada Ah Long! Sehingga di suatu hari, Leman pulang jua ke rumah. Dilihat ibunya hanya termenung di beranda rumah.

“Ibu, Man dah balik, Man minta maaf lah ibu, Ni man balik bawa duit” sapa leman sewaktu tiba betul-betul di beranda rumahnya.

Ibunya hanya mendiamkan diri, airmatanya berlinangan di pipi tua nya. Tak lama kemudian, pak Majid jiran mereka yang menyedari kepulangan Leman, segera kerumah mereka.

“Buat apa kau balik lagi Leman? Puas hati kau ayah kau dah meninggal dunia? Puas hati kau letak geran pada ahlong??” marah pak majid pada leman!

Kata-kata pak majid benar-benar mengejutkan leman ketika itu! Benarkah ayahnya sudah meninggal? Namun sikap pak Majid dan ibunya menguatkan lagi berita tentang kematian ayahnya.

Tersandar leman ketika itu, airmatanya berjuraian, nak menyesal sekarang pun tak guna. Ampun pun ayahnya sudah pun meninggal dunia.

Keadaan mak Kiah semakin tak menentu, emosinya bagai terganggu sehinggalah mak Kiah terpaksa dihantar ke hospital sakit jiwa, sementara Leman pula hidup dalam pelarian kerana diburu Ah Long kerana gagal menjelaskan hutangnya.

Akhirnya leman hidup gelandangan! Merayau tak tentu arah, makan dari sisa sisa sampah sarap hinggalah Leman tak mampu bangun lagi, apabila orang ramai menghubungi ambulans apabila terlihat Leman umpama nyawa-nyawa ikan di sebuah lorong kecil.

Setelah itu, khabar mengenai Leman tidak lagi didengar menurut cerita anak pak Majid iaitu Mizi, jiran Leman sekeluarga, seperti yang di tulis pada email.

Jadi, benarlah bahawa dadah membawa petaka kepada yang menagihnya, bukan hanya kepada penagih malah bakal menyusahkan keluarga, jiran tetangga dan menjadi sampah masyarakat.

Hanya manusia bodoh tidak bersyukur saja yang sanggup menjadi hamba dadah! Kisah Leman ini satu dari seribu kisah, di luar sana berapa ramai ibu bapa yang menderita akibat anak menjadi penagih?

Betapa malangnya punya anak yang dilahirkan dan dijaga tetap menyusahkan ibu bapa hingga sanggup bergelar anak derhaka!

Benar atau tidak jika dikatakan golongan penagih dadah ini juga terdorong untuk menjadi anak derhaka? Fikir-fikirkanlah untuk membeli dadah perlu ada wang, golongan penagih ini rajin ke bekerja? Jika mereka tidak bekerja paling tidak pun hanya mahu menipu keluarga untuk dapatkan duit!

Tak dapat cara baik cara kasar, tak dapat dengan keluarga pergi keluar meragut mencuri menyamun sana sini. Semoga ianya memberi kesedaran dan kepada yang sudah terlajak, sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Kembalilah kepadaNya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*