Aiman Tino ada ‘Value’, Layak Minta Bayaran Tinggi- Pengurus

Share This:

Aik, sebelum ni kata bayaran RM1,500 pun boleh terima, ini nak ‘demand’ lebih pula? Memetik mStar Online, pengurus Aries Music Mahadhir Mohamad berkata Aiman Tino layak menerima bayaran tinggi berdasarkan populariti, nilai komersial dan permintaan terhadapnya.

“Apa salahnya jika kami meletakkan kadar bayaran tertentu mengikut kemampuan penganjur.

“Perkiraan yang dibuat adalah berdasarkan kaedah ekonomi iaitu selagi ada demand (permintaan), selagi itulah wujudnya supply (penawaran).

“Setiap minggu ada saja acara yang perlu dihadirinya. Ini bermakna dia mempunyai nilai atau value untuk mendapat bayaran tinggi,” katanya kepada mStar Online.





Agak bertentangan dengan kenyataan bapa Aiman iaitu Yusri Ishak, 48, sebelum ini menyatakan pihaknya tidak meletakkan kadar tinggi malah tiada masalah menerima bayaran serendah RM1,500 untuk sebuah persembahan.


Namun, menurut Mahadhir, penentuan bayaran itu bagaimanapun berdasarkan faktor tertentu.

“Paling penting kami perlu jaga tahap kesihatan Aiman sendiri. Maknanya jadual disusun mengikut kemampuannya.

“Selain itu kami juga buat pertimbangan mengikut budi bicara. Memang ada Aiman hadir ke majlis yang hanya diberi token RM1,000 hingga RM2,000.

“Tapi takkan pula harga yang sama perlu diletakkan bagi syarikat korporat yang jemput Aiman buat persembahan majlis makan malam? Tak logik dan pada masa sama ia seperti merosakkan harga pasaran,” katanya.




Foto: IG Aiman Tino



Untuk pengetahuan, penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci itu kebiasaannya akan menerima kadar bayaran serendah RM6,000 bagi persembahan di sekitar Kuala Lumpur.

“Memang kadang-kadang kami mengenakan caj sebanyak RM10,000 untuk dia menyanyikan sehingga tiga buah lagu. Namun bukan semuanya begitu, ia mengikut kemampuan penganjur,” katanya.


Amboi, ‘femes’ betul adik Aiman kita ni. Tak habis-habis dengan kontroversi membabitkan isu bayaran. Apa kata anda pula?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*