Siti Nurhaliza Jadi Adiwira , Beraksi Di Atas Bangunan

Share This:

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akui teruja apabila impiannya untuk menjadi adiwira yang dipendamkan sejak kecil kini dapat dizahirkan dalam video muzik.

Siti Nurhaliza berkata gembira apabila impian tersebut dapat dilaksanakan dalam video muzik single terbarunya berjudul Segala Perasaan.

“Kalau nak tahu, sejak kecil lagi saya sudah pasang impian untuk menjadi seorang adiwira atau superwoman, namun perkara tersebut mustahil untuk direalisasikan.

“Tetapi kini saya gembira kerana impian saya itu dapat dizahirkan melalui video muzik dan sebagai penyanyi itu lah salah satu cara untuk saya relisasikan impian tersebut.

“Setelah berbincang dengan team pengurusan, impian saya ini akhirnya berjaya dilaksanakan,” katanya kepada Astro Gempak

Siti Nurhaliza ditemui selepas pelancaran butik Ariani Luxe, di Jakel Mall, semalam.

Mengulas lanjut mengenai video klip tersebut, Siti memberitahu dia turut beraksi dan berlatih teknik pertempuran yang dibantu oleh MMA Fighter iaitu Ann Osman.

“Kami menjalani penggambaran di atas bumbung sebuah rumah pangsa di ibu negara.

“Dalam video muzik tersebut saya perlu beraksi seperti seorang adiwira, malah jalan cerita dan prop yang digunakan menggambarkan saya mempunyai kuasa luar biasa.

“Saya juga melakukan beberapa aksi seperti adiwira,” katanya lagi

Single dan muzik video tersebut dimuatkan dalam album Simetri Siti yang bakal dilancarkan pada 5 Mei nanti.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*