Single Terbaharu Elly Mazlein, Nak Jaja Kisah Hidupnya?

Share This:

Penyanyi Elly Mazlein yang baru melancarkan single terbaharunya, Jeritan Hati mengakui lagu itu menggambarkan kisah hidup dirinya.


Menerusi temubual bersama Berita Harian, Elly berkata dia berasa tersentuh ketika meneliti lirik lagu itu pada pertama kali.

“Selepas membaca liriknya, saya menangis kerana ia tepat menggambarkan kisah hidup saya.

“Bagaimanapun, ketika rakaman, saya dapat mengawal perasaan untuk tidak mengalirkan air mata,” katanya.



Untuk rekod, lagu tersebut merupakan ciptaan Manusia Putih, manakala liriknya ditulis Natasha (komposer lagu Lelaki Teragung).


Dalam pada itu, Elly berkata dia tak kisah dengan apa sahaja tanggapan negatif netizen yang akan dilemparkan kepadanya berhubungan lagu balada tersebut.

“Biarlah mereka hendak berkata apa pun, saya iyakan saja. Lagipun, bukan saya yang meminta penulis lirik itu menceritakan kisah saya.

“Sebaliknya lagu itu sudah siap sepenuhnya ketika mereka menghantar rakaman demonya kepada syarikat rakaman saya,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*