Safiey Illias Tawar Taja Kos Guaman Kes Adik Mohamad Thaqif

Share This:

Terlebih dahulu takziah diucapkan kepada keluarga pelajar tahfiz, adik Mohamad Thaqif yang baru sahaja kehilangan anak mereka semalam. Dalam semua rakyat Malaysia berduka cita dengan berita pemergiaannya, usahawan berjaya, Safiey Illias tampil menawarkan tajaan kos guaman kes adik Thaqif bagi menuntut bela bagi keluarga arwah yang didakwa didera pembantu warden.

“Saya nak biayai kes guaman saman adik Thaqif ni. Siapa tahu mcm mana nk hubungi mak ayah arwah. Please inbox saya, saya akan bagi peguam terhebat untuk handle kes. Saya dengar haritu mak ayah dia nak take legal action kepada pihak terlibat”

“kalau tak nak pun, saya nk jumpa mak ayah dia jika sudi. Saya pun terkejut atas berita kematian Adik Thaqif. Takziah, al fatihah. Saya tak nak komen lebih-lebih tapi negara kita kan ada undang-undang,” tulisnya menerusi akaun Facebook meminta untuk menghubungi keluarga arwah.

Terdahulu bapa adik Mohamad Thaqif, Mohd Ghaddafi Mat Karim mengesahkan anak lelakinya telah meninggal dunia pada jam 2.05 petang semalam selepas menjalani pembedahan memotong kedua belah kakinya. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengklasifikasikan kes terbabit di bawah Seksyen 302 kerana membunuh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*