PM Mahu Siasatan Segera Kematian Pelajar Tahfiz

Share This:

“Saya mahu siasatan kes ini dipercepatkan agar kita tahu punca kematian dan diambil tindakan undang-undang jika ada kesalahan.”


Demikian arahan Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebook rasmi beliau berhubung kes kematian pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffie yang dipercayai dipukul oleh pembantu warden.


Sambil melahirkan rasa sedih berikutan kematian pelajar terbabit yang sebelum ini kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman, Perdana Menteri berkata, punca kematian akan dapat diketahui menerusi siasatan berkenaan sekali gus tindakan undang-undang boleh diambil jika ada kesalahan.

“Innalillah. Sedih menerima berita pemergian adik Mohd. Thaqif Amin di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Takziah buat keluarga arwah dan Insya-Allah, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) akan mewakili saya di majlis pengebumian arwah.”


Sementara itu, polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar tahfiz yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya sebagai kes bunuh.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kes adik Mohamad Thaqif Amin – PDRM ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 (Kanun Kesiksaan) kerana bunuh,”kata beliau di laman Twitternya kelmarin.


Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohamad Thaqif Amin.


Berikutan itu, Khalid berkata polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.


Dalam pada itu, jenazah pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal dunia petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur di Kota Tinggi malam tadi

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*