DAP Terus Kejam Terhadap Rakyat

Share This:

Putaran politik masa kini kita telah diperlihatkan dengan ancaman  dari pelbagai sudut dari kesemua NGO yang bergabung dengan pihak pembangkang terus melakukan kekejaman terhadap rakyat.

Melayu baru ini  yang begitu teruja dengan janji-janji manis PRU13 yang dicanangkan dan terus membuat perbandingan  dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan. Hasilnya Melayu baru yang menyokong DAP ini sedang menerima hasil tuaian mereka iaitu penyiksaan dan kekejaman.

Kekejaman dan penindasan DAP semakin hari semakin mengila apabila untuk kali ke empatnya menaikan tariff  air di Pulau Pinang seharusnya ditentang dalam apa cara sekali pun.

Penindasan yang tiada berperikemanusiaan dilakukan dengan memeras titik peluh rakyat dengan cara yang tidak langsung masuk akal. Ini lah DAP yang sebenarnya  yang mengamalkan dasar ala komunisme.

Dasar ala komunis yang diamalkan ini tidak ubah dilihat bagaimana kekejaman yang dilakukan oleh komunis dizaman penjajahan komunis selama 3 bulan di Malaya satu ketika dahulu. Komunis yang melakukan kekejaman terhadap rakyat tanpa belas kasihan.

Komunis pada masa itu melakukan penyamaran dan menggunakan orang Melayu untuk mendapatkan bekalan makanan dan melakukan pencerobohan terhadap hak-hak rakyat. Rakyat disiksa dengan cara fizikal jika tidak menurut perintah mereka.

DAP telah mengamalkan dasar ini, pencerobohan terhadap hak rakyat dilakukan dengan merobohkan warung dan kediaman rakyat dan melakukan penindasan  dengan cara fizikal dan emosi.

Selama pemerintahan gerakan selama hanya baru sekali tariff air dinaikan selama masa 18 tahun pemerintahan. Gerakan adalah parti komponen yang menjalankan dasar-dasar kerajaan  Barisan Nasional terus memikirkan kebajikan rakyat agar terus hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Rakyat Pulau Pinang bebas mencari rezeki, hidup dengan penuh rasa kekitaan tanpa ada perasaan curiga. Tetapi sekarang apabila DAP mengambil tampok kuasa, rata-rata penyokong DAP menunjukkan  belang mereka yang sebenarnya.

Penyokong DAP seakan mereka adalah raja dan tuan dan setiap rakyat yang berlainan fahaman mesti tunduk dan akur kepada setiap perbuatan mereka walaupun nyata telah melanggar peraturan dan perundangan.

Kenaikan perlbagai sistem percukaian surcaj air dinaikkan kepada rakyat Pulau Pinang sehingga menambah berat tekanan hidup rakyat di sana. Tekanan emosi amat tinggi dikalangan rakyat ini tidak pernah difikirkan sama sekali , Ini lah hasil sokongan  mereka didalam PRU 12 dan 13.

Kini saban tahun kita melihat peningkatan surcaj air di Pulau Pinang semakin dahsyat sehingga ke tahap yang semakin membimbangkan dan meresahkan rakyat terbanyak.

Cuba bayangkan kalau kerajaan persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri di bawah BN naikkan tarif atau caj air dan percukaian baru yang gila atau apa-apa dengan alasan untuk kurangkan penggunaan dan pembaziran.

Sudah  pasti ahli politik pembangkang seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, CM Lim Guan Eng yang akan melatah bagaikan cacing kepanasan kononnya mahu membela nasib rakyat dengan mengutuk dan mencerca nista kerajaan persekutuan.

Seterusnya pemakan hasil lendir yang bergerak dimedia sosial  akan mengeluarkan grafik-grafik jelik menghina YAB PM DS Najib Razak, dan sebagainya. Penghinaan dahsyat akan dilakukan tanpa hentinya.

UMNO, BN akan dijadikan tempat untuk diletakkan  kesalahan susulan  kenaikan harga barang, kenaikan harga petrol dan diesel dan segala kenaikan dan akan dikatakan ianya satu kenaikan yang menindas hak rakyat.

Kini DAP terus menindas rakyat dengan menaikkan tarif air dan pelbagai cukai  di negeri di bawah pentadbiran mereka semahunya tanpa sedikitpun memikirkan beban hidup  yang ditanggung oleh rakyat.

Menurut Laporan Tahunan PBA Holdings Berhad yang telah dikeluarkan  pada tahun 2015 telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM38juta. Keuntungan yang bersih tetapi rakyat masih lagi dibebani dengan kenaikan tariff yang tidak masuk akal.

Setiap tahun PBA Holdings Berhad yang dikuasai oleh kerajaan negeri dengan pegangan saham majoriti 55%, untung puluhan juta. PBA Holdings Bhd adalah pemegang saham tunggal Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang bertanggungjawab membekalkan air di Pulau Pinang.

Hasil PBA Holdings Berhad bagi tahun 2011 – 2015:

  1. 2011: RM236 juta
  2. 2012: RM244 juta
  3. 2013: RM251 juta
  4. 2014: RM261 juta
  5. 2015: RM300 juta

Keuntungan bersih PBA Holdings pula:

  1. 2011: RM45 juta
  2. 2012: RM29 juta
  3. 2013: RM27 juta
  4. 2014: RM24 juta
  5. 2015: RM38 juta

Hasil dan untung melebihi ratusan juta dan puluhan juta setiap tahun tetapi masih mahu naikkan tarif dan surcaj kepada pengguna?

Sebagai syarikat yang dikuasai oleh kerajaan Pulau Pinang sudah tentu jawatan di dalam lembaga pengarahnya diisi oleh ahli-ahli politik parti mereka. Pengerusi PBA Holdings dan PBAPP adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Lim Guan Eng sendiri

Kekejaman sedemikian harus dihalang dengan  memastikan pada PRU14 akan datang DAP bukan lagi pemerintah di Pulau Pinang dan seterusnya akan merubah corak kehidupan rakyat  seperti  mana pemerintahan Barisan Nasional yang lalu.

Rakyat yang termakan janji palsu pilihanraya DAP seharusnya sedar bahawa DAP bukan sebuah parti yang berkonsepkan menjaga kebajikan Rakyat ianya adalah sebuah parti perompak  dan memeras titik peluh rakyat tanpa belas kasihan.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*