BN Sudah Berjaya Laksanakan Manifesto, Pembangkang Bila Lagi?

Share This:

Di sebalik bertubi-tubi serangan tidak berasas yang dibuat oleh pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan tetap mampu melaksanakan janji dalam manifesto yang diperjuangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lepas kepada rakyat seperti yang diikrarkan.

Bagaimanapun, pembangkang melalui dua pakatan iaitu Pakatan Rakyat (PR) yang sudah berkubur dan Pakatan Harapan (PH) tetap gagal melaksanakan manifesto mereka malahan mereka gagal merancang untuk melaksanakannya sebaliknya sibuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilihat seperti jurucakap PH yang mendakwa banyak membuat kajian berkenaan langkah kerajaan dan mencari kesalahan dilihat tidak mahu pula menjalankan kajian sama melalui badan bukan kerajaan (NGO) beliau iaitu Invoke Malaysia untuk mengkaji manifesto pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, telah gagal menjadi wakil rakyat kerana tidak melaksanakan manifesto yang dijanjikan oleh beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu pada 2014.

Beliau berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik ketika melancarkan manifesto tetapi sehingga ke hari ini bandar Kajang masih dibelenggu kesesakan lalu lintas, kekurangan tempat parkir kereta dan paling teruk banjir kilat hampir setiap bulan.

Azmin Ali Mengaku Gagal Tunai Manifesto

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah yang paling teruk kerana pada 1 Disember 2014, beliau mengaku Kerajaan Negeri Selangor masih gagal menunaikan manifesto PRU iaitu tawaran Biasiswa Menteri Besar.

“Tiada mekanisme dirangka bagi program biasiswa ini sehingga sekarang.

“Perkara ini sepatutnya perlu dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.

“Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun ia sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tidak ada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya,” katanya ketika menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) pada persidangan DUN Selangor pada masa itu.

Sehingga hari ini, tidak ada apa-apa khabar berita pun berkenaan tawaran berkenaan dari Kerajaan Negeri.

Pembangkang Tidak Tunai Janji Buku Jingga ‘Banteras Rasuah’

Dalam Buku Jingga pembangkang, ada satu janji mereka iaitu untuk ‘Membanteras Rasuah’ dan mereka jelas gagal melaksanakannya.

Seorang pemimpin utama dalam pembangkang yang cukup lantang menuduh kerajaan BN rasuah sudah pun menjadi OKT dalam kes rasuah iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Banyak kelemahan boleh ditemui oleh Rafizi seandainya beliau membuat kajian mendalam berkenaan kegagalan pembangkang melaksanakan manifesto mereka dan sebagai wira persoalkan mengapa PH gagal melaksanakan semua janji dalam manifesto mereka sehingga kini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib adalah kerajaan bertanggungjawab dan akan cuba untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan bukan seperti pembangkang yang hanya tahu bercakap.

“Pembangkang sentiasa akan mencari cara untuk menidakkan apa yang telah kita laksanakan. Mereka hanya akan cakap, cakap, cakap tapi kerja tak buat.

“Mereka hanya cakap, bawa fitnah, kerja tak buat. Itulah kerja mereka sebagai pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada supaya mereka dapat berkuasa,” katanya yang juga Setiausaha Agung UMNO pada 3 November 2016 dalam artikel di UMNO Online.

Sebanyak 83 peratus manifesto yang telah dilaksanakan itu merangkumi 4,172 projek melibatkan jumlah bernilai RM62.87 bilion.

Pakatan pembangkang hanya mementingkan kerja menyerang kerajaan dan menghasut rakyat tetapi tidak mahu merancang secara teliti untuk menunaikan janji yang mereka buat semasa pilihan raya kerana sebenarnya mereka tidak berminat membantu rakyat.

Oleh sebab itu, perancangan mereka contohnya Buku Jingga dilaksanakan secara sambil lewa tanpa memasukkan fakta angka dan situasi sebenar rakyat untuk dinilai dengan baik sebagai satu manifesto yang boleh ditunaikan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*