Video : Qari Meninggal Dunia Ketika Membaca Surah Al-Mulk

Share This:

Pada Isnin yang lalu (24 April 2017), seorang ustaz bernama Mohammad Ja’far Abdulrahmad telah dijemput untuk menjadi qari di majlis yang diadakan di rumah Menteri Sosial, Khofifah Indar Parawansa, di Surabaya, Jawa Timur.

Secara tiba-tiba suara dan badan beliau kelihatan makin lemah ketika membaca ayat kedua, Surah Al-Mulk. Dalam pada itu, mikrofon di tangannya terlepas dari gengaman dan tubuhnya rebah ke samping.

Setelah pasukan medik mengusung beliau ke luar untuk dibawa ke hospital, beliau telah dikhabarkan meninggal dunia. Beliau yang berasal dari kawasan Jemursari telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 11.30 pagi (waktu Indonesia).

Khofifah menyatakan beliau bahawa jirannya itu terkenal sebagai ahli qari. Beliau juga mengatakan bahawa ketika ustaz Ja’far membaca surah itu, Khofifah dalam keadaan merenunginya.

“Beliau ini ahli Alquran, dikenal suka membaca ayat Alquran, sampai wafatnya pun dalam keadaan membaca Alquran,” kata beliau.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*