Raja Bomoh Sudah Bertaubat, Siti Kassim Bila Lagi?

Share This:

Siapa yang dapat melupakan imej seorang lelaki yang digelar sebagai Raja Bomoh Malaysia yang menggunakan dua batang buluh untuk dijadikan teropong, sehelai tikar “ajaib” dan dua biji buah kelapa yang ditimang-timang setiap kali menjalankan ritual mistiknya. Imej ini bukan sahaja menjadi bahan lawak rakyat Malaysia malah telah menjadi tular di serata dunia.

Ibrahim Mat Zin adalah individu yang akan dilihat berada di beberapa lokasi sekiranya berlaku sebarang permasalahan melibatkan negara. Dia mula dikenali semasa menjalankan ritual peliknya di KLIA ketika pesawat MAS, MH370 hilang dari radar pada 2014. Kemudian, dia muncul sekali lagi semasa menghalau hantu dan jin yang ada di Penjara Sungai Buloh, tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim “beristirehat”.

Terbaru, dia dilihat menjalankan ritualnya sekali lagi di perkarangan Rumah Mayat, Hospital Besar Kuala Lumpur, lokasi di mana mayat abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam disimpan. Kononnya, dia telah melakukan ritual dengan “memagar” Malaysia daripada serangan Kora Utara. Disebabkan inilah Ibrahim akhirnya telah dipanggil ke JAWI bagi menjelaskan apa yang telah dilakukannya.

Kelmarin menjadi saksi bahawa Ibrahim akhirnya mengakui, segala ritual peliknya adalah lakonan semata-mata. Dengan setulus hatinya, dia memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan apa yang telah dia lakukan. Mungkin dia telah lari sedikit dari landasan kehidupan manusia yang bertauhidkan Allah dan oleh yang demikian, dia wajar diberi peluang kedua.

Apa yang menariknya, setelah Raja Bomoh ini insaf dengan apa yang telah dilakukannya, timbul persoalan, bagaimana pula seorang lagi selebriti “songsang” agama, Siti Kassim mahu mengakui kekhilafannya? Umum sedia maklum bahawa peguam anak Orang Asli ini kerap kali mempermainkan pelbagai isu agama untuk menyokong kehidupan liberal dan bebasnya.

Siapa dapat melupakan kenyataan biadabnya yang menyatakan Allah S.W.T juga berada di pokok-pokok ara dan tidak salah menyembah pokok berkenaan. Memang benar, pihak JAKIM ada memanggilnya datang untuk di soal siasat. Namun jika difikir secara logik, adakah orang yang bersalah mahu meletakkan tengkuknya untuk di ambil tindakan? Sudah tentu tiada bukan?

Oleh yang demikian, pihak JAKIM perlu mengeluarkan arahan mahkamah untuk menangkap Siti Kassim bagi membetulkan semula aqidahnya sebelum ianya boleh merosakkan aqidah umat Islam yang lain. Perkara seumpama ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan dan seperti apa yang dilakukan oleh JAKIM terhadap Ibrahim, Siti Kassim juga wajar dibentuk semula walaupun berhadapan dengan 1001 halangan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*