Rafizi ‘Stress’ Dengan Seruan PM

Share This:

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sedang berada dalam keadaan tertekan apabila mengetahui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menyeru aktivis siber media sosial wakil kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Oleh kerana itu, Rafizi menghasilkan satu video fitnah menjaja semula cerita berkaitan dana syarikat SRC International Sdn Bhd yang sudah pun disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam video berkenaan Rafizi mengatakan bahawa Najib kini mahu penggiat media sosial yang mewakili kerajaan untuk menyerang pembangkang dalam Pakatan Harapan dan tidak lagi berada dalam mod bertahan.

Rafizi pada asasnya tahu bahawa modal untuk menyerang kerajaan sudah kehabisan dan kesemuanya sudah dijawab oleh Najib, pihak berkuasa yang menyiasat dan juga wakil dalam kerajaan yang menganggotai badan-badan siasatan yang berkaitan.

Semua sudah terbukti, malahan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dalam sidang media khasnya sudah menyatakan bahawa tidak ada apa-apa kesalahan jenayah dan salah guna kuasa dilakukan oleh Najib dalam kes berkenaan.

Apa yang sebenarnya Najib tidak lakukan ialah tidak menjawab lagi selepas berkali-kali ia dijawab di pelbagai platform termasuk beberapa kali siaran langsung di televisyen menjelaskan segala perkara yang berlaku.

Untuk apa ia dijawab berkali-kali jika pembangkang bukan inginkan kebenaran sebenarnya sebaliknya hanya membuat provokasi?

Ketegasan Perdana Menteri sudah cukup membuatkan Rafizi gelabah dan terus mengorek maklumat lama dan kemudian mensensasikannya semula ke atas beliau.

Bagi Najib, sudah pasti ada tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Najib ke atas Rafizi jika beliau terus menjaja fitnah. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*