Rafizi Cuba Jadikan PAS Sebagai Kambing Hitam

Share This:

Kes membabitkan Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Adam Rosly masih hangat di perkatakan. kedudukan Adam Rosly hari ini seolah-olah seperti menjadi senjata baru buat Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk menggoyahkan kedudukan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan pemimpin tertinggi PKR yang lain.

Apa yang menariknya, sejak berakhirnya Langkah Kajang yang menyaksikan Azmin akhirnya dipilih sebagai Menteri Besar Selangor, dendam dan kemarahan Rafizi terhadap kem Azmin masih belum padam. Ada sahaja helah dan pendedahan yang dibuat Rafizi bagi mengganggu gugat kedudukan Azmin di Selangor.

Umum sedia maklum bahawa Azmin hari ini cuba memujuk PAS untuk kekal bersama PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13. Tambahan pula, Muktamar PAS kali ke 63 kali ini menampakkan ada unsur desakan untuk PAS meninggalkan PKR dan rakan sekutu pembangkannya yang lain. Melihat akan usaha Azmin ini, Rafizi seolah-olah mendapat idea baru untuk menggagalkan usaha Azmin ini.

Secara tiba-tiba, Rafizi mengaitkan Ketua AMK Ampang terlajak kaya ini dengan PAS. Dalam satu kenyataannya, Rafizi mendakwa, Adam Rosly merupakan ahli PAS sebelum menyertai PKR. Justeru, dia mengajak semua ahli PKR menjauhi Adam Rosly dan sekaligus mengajak semua pihak berhenti dari mengaitkan Adam Rosly dengan PKR.

Apa yang menariknya di sini, Adam Rosly mula mengumpul kekayaan semasa menjadi ahli PKR dan bernaung di bawah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Mungkin Adam Rosly pernah menjadi ahli PAS, namun ketika ditahan, dia merupakan ahli PKR dan paling utama, berkhidmat di bawah Zuraida yang kita ketahui sebagai salah seorang penyokong kuat Azmin di Selangor.

Apa tujuan Rafizi mengaitkan Adam Rosly dengan PAS? Secara mudahnya, Rafizi mahu menjadikan PAS sebagai kambing hitam untuk menunjukkan kepada para penyokong PKR, PAS adalah “kilang” melahirkan anak muda yang rosak akhlak dan kemaruk untuk meraih kekayaan. Secara tidak langsung, tindakan Rafizi ini akan menyebabkan PAS berang dan sekaligus menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan Azmin.

Andai ini berlaku, sudah tentu Azmin akan kehilangan rakan sekutunya sejak 4 tahun lalu. Malah, kedudukan Azmin yang umum ketahui kekal bertahan hanya kerana sokongan kuat PAS juga akan goyah. Rafizi sedar akan semua itu dan oleh yang demikian, dia akan menggunakan kes membabitkan Adam Rosly ini hanya untuk menjahanamkan kem Azmin. Hebat permainan politik Rafizi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*