PMSP Kecewa, Khalid Samad Tidak Hiraukan Pengundi India Di Shah Alam

Share This:

Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Samad dilihat kurang memberi perhatian dan memberikan bantuan kebajikan kepada pengundi kaum India khususnya di kawasan yang diwakilinya, Shah Alam.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini menyelar sikap bekas pemimpin PAS itu apabila beliau enggan melayan permohonan satu keluarga India di Shah Alam yang memohon bantuan.

Beliau berkata keluarga berkenaan terlalu miskin dan memohon bantuan untuk menguruskan jasad ahli keluarga mereka yang meninggal dunia dari Khalid tapi tidak menerima apa-apa bantuan.

“Ahli Parlimen Shah Alam rasis enggan bantu kaum India, saya mengambil inisiatif menghulurkan bantuan RM2,000 kepada waris untuk menguruskan mayat Mendiang S Lachimay.

“Kaum India di Shah Alam jangan undi rasis Khalid Samad, yang enggan bantu kaum India yang mohon bantuan kematian,” kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, ini adalah antara sebab mengapa Khalid sudah tidak lagi diterima oleh ahli akar umbi PAS sehingga menyebabkan beliau keluar parti dan menganggotai PAN yang juga ejen politik nakal DAP.

Dalam kenyataan itu, Ramesh berkata semua rakyat tahu bahawa PAN sebenarnya adalah anak didik DAP, selepas parti itu diwujudkan dengan gabungan pemimpin serpihan dari PAS yang kalah dalam pemilihan parti pada tahun 2015.

“Sebab itu Khalid lebih suka masuk ke dalam PAN dan bersama-sama DAP menghasut rakyat dan mengutamakan politik dari memberikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Di Selangor sahaja, banyak perkara melibatkan rakyat dibiarkan sia-sia sahaja tanpa ada perhatian.

“Kalau pun ada skim atau bantuan, ia akan disalahgunakan untuk kepentingan politik dan bukan rakyat,” kata Ramesh.

Katanya, sudah sampai masanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, pengundi di Selangor menghukum Pakatan Harapan (PH) dan tidak lagi mengundi wakil rakyat yang mementingkan perancangan peribadi dalam politik berbanding rakyat. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*