Perempuan Dalam Pantang, Dia Akan Datang

Share This:

Hari ini, aku ingin kongsikan kepada semua pengalaman kisah seram benar seorang wanita ini. Cerita seram yang dialami oleh beliau ni merupakan salah satu jenis gangguan perempuan dalam pantang yang dilakukan oleh syaitan, jin dan iblis. Bila dah sebut 3 jenis makhluk ni tahu lah kita yang gangguan ni berbentuk gangguan hantu.

Makhluk halus ini amat suka mengganggu perempuan yang berada di dalam pantang kerana perempuan di dalam pantang masih ada nifas dan belum bersuci lagi maka makhluk ini suka. Lagi satu perempuan di dalam pantang sering di ganggu oleh jin dan iblis ini kerana perempuan lepas melahirkan semangatnya kurang kuat berbanding manusia normal yang lain.

Mari kita baca dan lihat jenis gangguan perempuan dalam pantang ini.

Assalamualaikum semua, saya nak berkongsi cerita seram yang terjadi pada saya sendiri, kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lepas. Masa tu saya dalam pantang anak ke-2 saya. Masa dalam pantang saya akan sentiasa tidur diruang tamu bersama suami, anak sulung saya yang berusia setahun 9bln dan abah saya. Saya tido betul-betul rapat ke dinding bilik adik perempuan saya. Memang badan saya dapat rasakan dinding bilik adik saya. Orang tua-tua kata masa dalam pantang dan masih ada nifas jangan tido terlentang, makhluk halus ni akan mudah mengganggu dan masuk dalam badan kita.

Lantai batu marmar dari dapur ke ruang tamu rumah saya ni pecah dan bila berjalan akan ada bunyi marmar tu berlaga. saya ni jenis kalau tiuro macam mana nyenyak sekali pun kalau ada bunyi orang bukak pintu sekali pun saya akan sedar. Nak dijadikan cerita masa saya tengah tidur saya dapat rasakan macam ada orang berjalan mengelilingi tempat tido saya ni. Saya betul-betul dapat rasa macam ada kibsan kain disetiap hujung kaki kiri kanan dan kepala saya.

Dalam saya masih memejam mata masa tu saya terfikir, “siapa pula yang berjalan keliling aku ni?”. Dalam pada mata saya masih terpejam saya cuba gerakkan tangan kiri saya untuk pastikan yang saya masih tido betul-betul dekat dengan dinding. Sah, tangan saya gerakkan cuma ada ruang seinci je dah dapat merasakan dinding bilik adik saya. Dah tu, sapa pulak yang dok berjalan mengelilingi saya tadi? Kalau nak diikutkan memang takde ruang langsung sebab badan saya betul-betul rapat dengan dinding tu.

Saya mula rasa tak sedap hati. Dalam masa saya pejam mata dan berfikir tu tiba-tiba saya rasa macam ada orang menindih atas badan saya. Berat sangat sampai saya tak boleh nak bernafas. Saya cuba bukak mata nak tengok apa benda yang ada atas badan saya tapi mata saya tak boleh nak bukak. Puas saya cuba tetap tak boleh. Saya cuba nak bersuara panggil abah saya, tapi suara saya macam tersekat. Saya tak boleh nak bersuara, saya cuba untuk keluar kan suara panggil abah saya tapi macam ada benda yang sekat suara saya.

Dalam pada masa saya nak besuara tu tiba-tiba saya dapat rasakan ada muka mengadap betul-betul dengan muka saya. Saya dapat rasakan nafas dari muka tu dan dalam masa yang sama saya terdengar suara berbunyi “hrmmmm”. Suara tu garau sangat, saya dah mula rasa takut saya cuba sebut “allah huakbar” berulangkali saya cuba sambil menolak benda yang menindih badan saya. Akhirnya saya dapat jugak menyebut allah huakbar serentak dengan itu saya dapat rasakan badan saya mulai ringan. Saya terus bukak mata dan lihat sekeliling ruang tamu, dalam keadaan ketakutan tu saya cuba bangun untuk pastikan posisi tido saya tadi. Memang konfirm saya tidur rapat kedinding dan suami, anak dan abah saya sedang nyenyak tidur.

Esoknya,Tenga saya terus cerita pada mak saya tentang kejadian yang saya alami malam tadi. Mak saya terkejut dan bertanya keadaan saya. Mak saya tanya adakah malam tadi saya tido terlentang? Saya cakap ye sebab badan saya lenguh tido mengiring. Mak saya kata memang benda tu suka kacau perempuan dalam pantang tido terlentang. Nasib baik benda tu tak ganggu baby saya kalau tak lagi bermasalah.

Oleh itu, ini merupakan salah satu jenis gangguan perempuan dalam pantang yang sering berlaku. Pesanan daripada orang tua mengenai tidur mengiring itu boleh juga diamalkan untuk mengelakkan daripada jenis gangguan yang sebegini. Apa yang penting kita mesti kuatkan semangat untuk melawan daripada segala jenis gangguan jin dan syaitan ini. Jika kita kuat semangat Insya Allah makhluk halus ini pun akan gerun dengan kita.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*