Pembangkang Asyik Gagal Tunaikan Janji, Kenapa Rakyat Mahu Terpedaya Lagi?

Share This:

Pakatan Harapan (PH) sekali membuatkan rakyat kecewa dengan mereka khususnya di Pulau Pinang apabila sekali lagi mereka menaikkan kadar Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) di negeri untuk penggunaan domesti sekaligus ia membebankan rakyat.

Kerajaan Negeri DAP menggunakana alasan untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat di sana sebagai menghalalkan kenaikan itu.

Dilihat pakatan pembangkang ini tidak konsisten atau istiqamah langsung dalam berjanji malahan janji itu dibuat seperti mainan politik mereka untuk mendapatkan sokongan dari rakyat/

Dalam manifesto pakatan pembangkang di bawah Pakatan Rakyat dulu, pembangkang berjanji akan mengenakan caj air yang lebih rendah di negara ini khususnya di negeri yang dikuasai mereka tapi janji sudah hilang dan lesap entah ke mana.

Malahan, Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng menggunakan pelaksanaan surcaj untuk kononnya tidak menyentuh langsung tarif air, padahal jika dilihat, kenaikan surcaj membawa kepada kenaikan tarif dalam bil air yang perlu dibayar oleh pelanggan.

Pada 2013, sebaik habis Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, surcaj berkenaan dinaikkan kerajaan Pulau Pinang dengan kadar 100 peratus. Kemudian dua tahun lepas pada 2015, surcaj naik lagi malahan rakyat dikenakan caj lebihan 90 sen jika membuat bayaran di kaunter.

Akhirnya pada tahun ini, surcaj air naik lagi dari 48 sen kepada RM1 di negeri Pulau Pinang.

Janji pemansuhan plaza tol Sungai Nyior juga belum ditunaikan DAP sehingga hari ini.

Berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dulu pembangkang dalam ceramahnya kering air liur mereka berteriak berjanji mereka akan hapuskan GST jika berjaya menang PRU dan menguasai Kerajaan Persekutuan, itu cerita pada 2 April tahun lepas.

Tidak lama selepas itu, pada 23 April tahun yang sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu ceramah di Tasek Gelugor berkata jika PH menang pada PRU akan datang, mereka akan mengurangkan kadar GST jauh terpesong dari janji asal untuk mansuhkan GST.

Bukannya Nurul Izzah tidak tahu beza antara mansuh dan kurangkan kadar.

Pakatan di Selangor juga sama serupa, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dihimpit pelbagai masalah dan kontroversi pun masih tenang tersenyum umpama tidak ada masalah apa-apa.

Padahal ketika PRU13, mereka berjanji untuk menjalankan pentadbiran yang telus dan berteraskan kemahuan rakyat.

Apa sudah jadi dengan isu SPLASH, YAWAS dan SMUE yang dibangkitkan oleh Barisan Nasional (BN) di Selangor, mengapa bersembunyi, berselindung dan berdiam diri tidak mahu menjawab.

Cara pentadbiran Mohamed Azmin memang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan dalam manifesto mereka iaitu janji kepada rakyat. Mereka hanya menunaikan janji kepada kumpulan kroni mereka sahaja.

Banyak sudah janji yang terbiar dan tidak ditunaikan, mereka banyak membiarkan janji yang mereka bina sendiri terbengkalai, rosak dan hancur sehingga mengecewakan rakyat yang mengundi mereka.

Usah terpedaya lagi dengan kepandaian mereka membuat janji dan hukumlah PH akibat kegagalan mereka menunaikannya tidak seperti apa yang BN lakukan iaitu menjalankan pentabiran berteraskan rakyat dan janji sentiasa ditepati. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*