Pelajar Berumur 13 Tahun Maut Dihempap Tiang Gol

Share This:

Di Singapura, terdapat seorang pelajar lelaki berumur 13 tahun maut dihempap tiang gol ketika kelas jasmani.


Memetik laporan The New Paper(TNP), kejadian malang ini berlaku pada 24 April kira-kira jam 9 pagi di sekolah menengah Methodist di Geylang, mangsa bernama Mohammed Hambali.

sumber : Today Daily

Today Daily mengesahkan akibat tidak sempat mengelak apabila tiang gol runtuh, Mohammed Hambali dihempap besi melintang pada bahagian kepala ketika bermain bola dengan rakannya.


Menurut pihak polis, ketika dikejarkan ke hospital, mangsa berada dalam keadaan koma dan kes tersebut disiasat berdasarkan kematian luar biasa atau unnatural death.


Saluran TV ‘Channel Eight’ memetik kenyataan ayah mangsa iaitu Sumathi Abdul Hamid yang berkata, anaknya sebelum ini pernah mengimpikan menjadi seorang pemain bolasepak profesional, namun segalanya hanya tinggal kenangan buat Sumathi.


Ibu kepada mangsa menyifatkan anaknya seorang yang ceria dan riang, suka bergurau senda dan gemar bermain bola sepak sejak kecil lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*