Mengaku Bersalah Hina Islam, Raja Bomoh Bertaubat

Share This:

Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ semalam mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syarikah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

 
Kes itu disebut di hadapan Ketua Hakim Syar’ie Datuk Mohamed Ibrahim yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syar’ie.
 
Selain itu, memetik laporan Bernama, Ibrahim yang berusia 66 tahun itu mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah Islam.
 
Sementara itu, dia melafazkan taubat di hadapan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada sidang media di Kompleks Pusat Islam di Kuala Lumpur, petang kelmarin.
 
Ibrahim juga memohon maaf kepada semua umat Islam di atas perbuatannya selama ini yang didakwanya dilakukan mengikut arahan pihak tertentu yang enggan dinamakannya.
 
Dia juga mengaku akan berhenti menggunakan gelaran “Raja Bomoh”.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*