MCA Taiping Yang Mohon Maaf, Lebih Baik Dari Guan Eng Tak Sedar Diri

Pengerusi MCA Bahagian Taiping Ang Sui Eng dua hari lepas memohon maaf di atas kesilapan yang dibuat pihaknya apabila menggantung kain rentang ucap selamat sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V yang tersalah ejaan apabila pertabalan dieja sebagai perbatalan.

Dalam media sosial Facebook, Ang menulis permohonan maaf itu yang tidak disengajakan selepas menerima kain rentang yang salah daripada syarikat pencetak.

“Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami,” katanya.

Menurut beliau, kain rentang itu telah diturunkan dengan serta merta pada hari Isnin lepas pada hari pertabalan selepas dimaklumkan akan kesilapan berkenaan.

“Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut.

“Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula,” katanya.

Ang juga mewakili MCA di Bahagian berkenaan memohon ampun ke bawah Tuanku, Sultan Muhammad atas kesilapan berkenaan.

Tindakan memohon maaf yang segera ini biarpun kesalahan tidak disengajakan adalah baik berbanding tindakan mempersendakan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) tetapi masih enggan memohon maaf sehingga hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sudah terpalit dengan skandal rasuah ketika masih menjadi Ketua Menteri masih dengan angkuh memegang jawatan berkeaan dan bertugas seperti biasa tanpa rasa malu biarpun sudah bergelar Orang Kena Tuduh (OKT) di mahkamah.

Sebagai pemimpin politik di negara ini, sepatutnya Guan Eng sudah lama mengumumkan diri beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri dan semua jawatan dalam DAP kemudian membiarkan prosiding undang-undang berjalan dengan baik dan lancar. – pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *