Lelaki Siarkan Detik Gantung Diri Bersama Anak Menerusi ‘Facebook Live’

Share This:

Isnin lalu, seorang lelaki Thailand bertindak kejam membunuh bayi perempuannya yang hanya berusia 11 bulan dan detik itu disiarkan di penstriman langsung Facebook Live.

 
Memetik laporan Bangkok Post, lelaki berkenaan yang berusia 21 tahun itu kemudiannya membunuh dirinya sendiri.
 
Kejadian itu dilaporkan berlaku setelah lelaki itu bergaduh dengan isterinya kerana mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
 
Laporan itu turut berkata bahawa video penstriman langsung itu masih boleh ditonton pada hari Selasa sebelum ianya dipadamkan oleh Facebook.
 
Minggu lepas, seorang lelaki di Cleveland, Ohio, Steve Stephens, membunuh diri selepas diburu polis kerana menembak mati seorang warga emas dan menyiarkannya secara langsung di Facebook
 
Susulan itu, Facebook berkata usaha akan dilakukan supaya video dan penstriman langsung seperti tembakan atau pembunahan boleh dipadamkan dengan segera.
 
Tegas pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, pihaknya akan melakukan apa yang termampu bagi memastikan tiada lagi kandungan seperti itu pada masa depan.
 

sumber : Bangkok Post

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*