Inilah Masa Paling Sesuai Untuk Bawa Justo Ke Malaysia

Share This:

Nama Xavier Andre Justo cukup hangat diperkatakan pada tahun 2015. Semuanya gara-gara pengakuan Justo kepada pihak berkuasa Thailand diatas penglibatan beberapa orang ahli politik dan perniagaan dari Malaysia yang membeli dokumen perjanjian antara 1MDB dengan PetroSaudi sebelum kandungan dokumen berkenaan di ubah suai oleh mereka demi mahu menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dalam pengakuan Justo dan pendedahan transkrip perbualan melalui applikasi Whatsaap yang didedahkan awal tahun lalu mendedahkan nama Tony Pua, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Tong Kooi Ong dan beberapa orang lagi yang terlibat dalam konspirasi ini. Malah, penglibatan Clare Rewcastle Brown dan Bruno Manser dalam hal ini turut didedahkan Justo dalam pengakuan berkenaan.

Difahamkan, pihak berkuasa Thailand ada memberi kebenaran kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menyoal siasat sendiri justo semasa dia ditahan di penjara. Menerusi satu kenyataan selepas soal siasat berkenaan di lakukan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, Justo akan dipanggil ke Malaysia untuk melengkapkan kertas siasatan selepas dia dibebaskan dari penjara di Thailand.

Namun, setelah Justo di bebaskan dan diusir pulang kenegara asalnya di Switzerland, masih belum ada bayangan bahawa Justo akan di bawa semula ke Malaysia seperti yang diumumkan sebelum ini. Mungkin ramai yang mempersoalkan apa perlunya Justo di panggil ke Malaysia sedangkan dia sudah menjalani hukuman penjara di Thailand atas kesalahan pengubahan wang haram dan ugutan?

Sebenarnya, memanggil semula Justo ke Malaysia mampu untuk merungkai duduk sebenar hal 1MDB yang sehingga kini menjadi bahan politik utama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Sebelum ini, Justo pernah menyebut nama beberapa orang pemimpin pembangkang dan ahli perniagaan yang terlibat mahu menjatuhkan kerajaan.

Justeru, sekiranya Justo di bawa ke Malaysia bagi menjadi saksi utama konspirasi terancang pemimpin pembangkang termasuk Rafizi dalam memanipulasikan isu 1MDB, segala tohmahan dan penipuan mereka akan terbongkar dengan sendirinya. Malah, penipuan beberapa portal dan akhbar antarabangsa seperti Bruno Manser Foundation (BMF), Sarawak Report (SR) dan The Wall Street Journal (WSJ) juga akan terbongkar.

Pada ketika itu, ingin dilihat samada Raja Pembohong Malaysia, Rafizi Ramli masih mampu ataupun tidak memetik laporan Sarawak Report dalam setiap pertuduhannya. Pastinya, Justo ingin membersihkan namanya setelah ditipu hidup-hidup oleh pemimpin pembangkang yang pernah berjanji mahu menyerahkan AS $2 juta terhadap dokumen-dokumen perjanjian berkenaan.

Pada perkiraan masa dan ketika, inilah masa yang paling sesuai untuk pihak berkuasa Malaysia meminta kerjasama dari pihak berkuasa Switzerland bagi membawa pulang Justo ke Malaysia untuk dijadikan saksi utama pembohongan dan rancangan konspirasi jahat pembangkang yang menggunakan 1MDB untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*