Berebut Tempat Makan Sampai Sanggup Maki Dan Tolak Pakcik Tua

Share This:

Sedari kecil lagi kita sudah diajar oleh ibu bapa agar sentiasa menghormati orang yang lebih tua. Namun sedih apabila sesetengah dari kita membesar tanpa ada nilai sopan santun dalam diri. 

 
Terbukti golongan seperti ini langsung tidak mempunyai hati dan perasaan apabila sanggup memaki hamun warga emas di khalayak ramai seperti pasangan  dalam video yang menjadi tular baru-baru ini.

 
 
Dalam rakaman yang dimuat naik oleh laman Facebook Thelocalsociety itu, seorang wanita dilihat sedang berebut tempat makan dengan seorang lelaki tua di sebuah pusat penjaja di Singapura. 
 
Menurut sumber yang menyaksikan insiden berkenaan, lelaki tua itu cuma bertanyakan tentang tempat duduk di kedai makan tersebut dengan sopam.
 
 
 
Namun wanita tersebut membalasnya dengan mengeluarkan kata-kata makian dan lantang mengatakan, “Pergi duduk tempat lain!”
 
Tanpa disangka seorang lagi lelaki muncul dan terus menolak tubuh warga emas tersebut. Dia mungkin menyangka warga emas tersebut telah  mengganggu teman wanitanya dan mengambil tindakan melulu dengan bertindak kasar terhadapnya.
 
Netizen yang melihat rakaman tersebut berasa jijik dan marah dengan perbuatan generasi muda seperti ini yang disifatkan sebagai sangat biadap.
 
Semua perkara boleh dibawa berbincang, tidak perlulah  dengan menggunakan kekasaran.
 

Bayangkan apa perasaan anda jika yang dikasari ini adalah bapa atau ibu kita sendiri?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*