Tiada Maaf Bagimu! Ammar Digantung Perkhidmatan Pengacaraan

Share This:

Jangan dibawa main nama orang terutama nama ibu bapanya. Gara-gara mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara Watson Nyambek, permohonan maaf Azizul Ammar Abu Hassan ditolak mentah-mentah.

 
 
 
“Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di TV serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini susah hendak menerima maaf itu. 
 
“Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua?” katanya pada sidang media Primeworks Studios, semalam.
 
 

Foto: BH Online
 
Memetik BH Online, Watson, 41, berkata hatinya belum terbuka untuk memberikan kemaafan.
 
“Mungkin suatu masa nanti, hati saya akan terbuka…dan saya akan menerima kemaafan ini. Jadi sekarang saya belum hendak menerima (permohonan) maaf,” katanya.
 
Watson menegaskan isu itu bukan satu bahan jenaka, malah dia juga sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan untuk mendapatkan keadilan.
 
Berhubung isu kontroversi itu, Primeworks Studios Sdn Bhd memutuskan untuk menggantung khidmat pengacara Azizul Ammar Abu Hassan bersama enam kru penerbitan, tanpa tempoh dinyatakan yang berkuat kuasa serta-merta.
 
 

Foto: mStar Online
 

Foto: IG Ammar
Ingatlah, mungkin sesetengah perkara itu lucu pada kita tetapi ia sebenarnya mengguris perasaan segelintir pihak.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*