Suami Sanggup Tumbuk Ikan Jerung, Semata-mata Selamatkan Isteri

Share This:

Seorang lelaki bertindak menumbuk seekor ikan jerung selepas mendapati isterinya diserang ikan tersebut.

Difahamkan ketika itu pasangan tersebut berenang tidak jauh dari Pulau Ascension di kawasan perairan Atlantik Selatan, St Helena, Ahad lalu.

Memetik laporan The Times, ikan jerung tersebut dikatakan menggigit kaki wanita itu ketika mereka berdua berenang dan menikmati keindahan perairan di situ.

Menurut saksi, ketika itu kelihatan kaki wanita itu digigit menyebabkan suaminya terpaksa bertindak menumbuk ikan jerung itu, dan akibatnya ikan jerung datang menyerangnya.

Identiti wanita itu dikenal pasti sebagai Frankie Gonsalves seorang kakitangan kerajaan dan kini akan diterbangkan kembali ke U.K. untuk rawatan lanjut. Keadaan kecederaannya tidak diketahui.

Dalam satu kenyataan notis amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Pulau Ascension yang menasihat orang ramai yang masih ingin berenang di kawasan pantai itu bahawa segala risiko adalah atas tanggungan diri sendiri.

Setakat ini, masih tidak diketahui jenis ikan jerung yang menyerang mangsa.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*