Seram, Gambar Kepala Pontianak Dalam Balang Kaca Jadi Tular

Share This:

Sejak beberapa hari lepas, heboh di aplikasi WhatsApp membicarakan tentang beberapa keping gambar yang dipercayai kepala hantu pontianak.

Di dalam gambar yang tular itu, kelihatan kepala pontianak itu telah dipenggal, dipaku dan disimpan dalam sebuah balang kaca yang tertutup.


Tidak dijelaskan pula sama ada Pontianak dalam balang yang dijual itu untuk tujuan ilmu hitam atau hanya sekadar “patung seram” untuk dijadikan koleksi buat peminat alam mistik.


Yang pasti, amat sukar untuk dipercayai tentang kewujudan hantu pontianak ini dan ia sangat menyeramkan.



Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Pontianak atau Kuntilanak adalah hantu yang suka berjalan seorang diri di jalan yang gelap dan sunyi. Ada juga yang mendakwa Pontianak adalah roh-roh wanita yang mati ketika hamil dan hanya mengganggu kaum lelaki sahaja.



Dipercayai lagi, jika ada jejaka yang terserempak dengan Pontianak dalam jelmaan wanita dan berjaya memasukkan paku ke bahagian belakang tengkuknya, pontianak tersebut akan bertukar menjadi wanita cantik dan boleh dikahwini. Tetapi sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali menjadi pontianak.





Kisah-kisah seram tentang hantu Pontianak telah banyak difilemkan di Malaysia dan juga Indonesia.

Tidak kurang juga yang menjadikan kisah Pontianak untuk tujuan iklan komersial.



Apapun, sebagai umat Islam kita dilarang sama sekali memohon pertolongan hantu atau jin sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang mendatangkan Syirik.


Allah Ta’ala berfirman dalam al-Qur’an surat al-Ahqaf ayat 5-6:

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَنْ لَا يَسْتَجِيبُ لَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَهُمْ عَنْ دُعَائِهِمْ غَافِلُونَ. وَإِذَا حُشِرَ النَّاسُ كَانُوا لَهُمْ أَعْدَاءً وَكَانُوا بِعِبَادَتِهِمْ كَافِرِينَ

“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang beribadah kepada sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doa) nya sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka? Dan apabila manusia dikumpulkan (pada hari kiamat) niscaya sembahan-sembahan itu menjadi musuh mereka dan mengingkari pemujaan-pemujaan mereka.”

Ingat! Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*