Remaja 16 Tahun Maut Dipukul Abang Kekasih

Share This:

Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut dipercayai akibat kecederaan parah selepas dipukul oleh abang kepada kekasihnya di padang Kampung Sentosa, Tawau.


Mangsa, Mohd Ayieruchizamsyah Lambang ditemui mati oleh ibunya pada jam 7.30 pagi ketika mahu mengejutkannya bangun dari tidur.


Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata berdasarkan keterangan ibu mangsa, anaknya pulang ke rumah dengan kesan lebam di pipi selain hidung berdarah pada jam 7.30 malam semalam.

“Mangsa juga ada memaklumkan ibunya bahawa dia dipukul oleh seorang yang tidak dikenali sebelum terus masuk ke bilik pada jam 8 malam. Bagaimanapun mangsa didapati meninggal dunia pada jam 7.30 pagi tadi apabila ibu cuba mengejutkan mangsa,” kata Fadil.


Menurut laporan Berita Harian, motif kejadian adalah disebabkan suspek marah mangsa berkawan dengan adik perempuannya.


Suspek dikatakan marah apabila adiknya sering keluar rumah mengikut teman lelaki menyebabkannya bertindak memukul mangsa di bahagian tengkuk menggunakan sebatang kayu apabila ternampak mereka berdua-duaan di padang berkenaan.


Suspek utama kes pembunuhan itu yang berumur 18 tahun dan bekerja sebagai buruh kasar sudah ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*