Pertama Kali Naik ‘Stage’, Siti Nordiana Menang Anugerah Penyanyi MeleTop AME

Share This:

Kepulangan Siti Nordiana ke industri muzik tanah air berjalan lancar, malah lebih menggembirakan sumbangannya dalam karier nyanyian dihargai apabila dia menerima Anugerah Penyanyi MeleTop dalam Anugerah MeleTop Era (AME) yang berlangsung malam Ahad.

 
 
 
Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Siti Nordiana yang lebih mesra disapa sebagai Nana mengucapkan rasa syukur di atas kemenangan itu.
 
“Alhamdulillah. Nana merasa naik stage ambil award untuk pertama kalinya sepanjang karier Nana selama 17 tahun ni,” tulisnya.
 
Akhirnya selepas hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, dapat juga penyanyi berusia 33 tahun itu merasa naik pentas untuk mengambil anugerah.
 
 
 
Dalam pada itu, Nana juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak yang tak jemu menyokongnya selama bergelar artis.
 
“Terima kasih tak terhingga buat insan-insan yang selalu berada di belakang Nana sehingga ke hari ini. Terima kasih juga kepada semua peminat yang mengundi Nana,” tambahnya.
 
 
 
Kemenangan itu turut dirasakan peminatnya yang mengambil peluang membanjiri ruang komen di IGnya dengan ucapan tahniah.
 
 

Foto: IG Siti Nordiana
 
Tahniah diucapkan atas kemenangan Nana meraih anugerah berkenaan. Semoga Nana terus sukses dan menghasilkan lebih banyak lagu yang sedap-sedap kelak.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*