Padah Anak Derhaka Buat ‘Projek’ Depan Mata Mak

Share This:

Inilah ayat pertama yang keluar dari mulut Mak Midah (Bukan Nama Sebenar). “MENJIJIKKAN!!!”.
“Aku tak sangka Mira (Bukan Nama Sebenar) sanggup berbuat begitu! Aku ini ibunya. Berzina depan mata aku, ibu kandungnya sendiri!”. Jelas terpancar kekecewaan dan perasaan geram terhadap satu satunya anak gadisnya ini.

Mengimbau kembali saat yang paling menyakitkan bagi seorang ibu 9 Tahun yang lalu, Puan Midah (Bukan Nama Sebenar) menceritakan semula apa yang berlaku terhadap anak gadisnya Mira.

Waktu itu aku berasa tidak sihat, maklum sajalah, kerja kontrak di bawah panas matahari lagi membuatkan kesihatan bertambah terjejas, jika suami aku masih ada tentu sekali aku hanya Memasak di rumah sementara menunggu kepulangan suamiku dari tempat kerja, suamiku meninggal dunia ketika Mira berusia 10 tahun, maka untuk membesarkan Mira aku harus bekerja sekalipun sebagai pekerja kontrak asalkan ada gaji buat aku untuk menyara kami dua beranak.

Aku memberitahu Taukey Lim, Boss tempat aku bekerja untuk pulang awal sedikit pada hari itu, syukurlah Boss aku memahami para pekerjanya, memandangkan tiada kenderaan untuk aku pulang, maka aku berjalan kaki selama lebih kurang 20 minit, sungguh meletihkan, sudahlah tidak sihat, memang tempat aku bekerja ada kenderaan yang mengambil serta menghantar kami tetapi kerana aku terpaksa pulang maka aku harus pulang sendiri.
Dari jauh aku terlihat sebuah motosikal.

“Eh, motor siapa ini?? Kawan Mira kot?” aku tertanya-tanya sendiri tentang motosikal itu namun aku tidak mengesyaki apa-apa melainkan berfikir mungkin kawan Mira datang ke rumah kami”.

“Tadi pagi aku pergi kerja tingkap semua dah aku buka, mengapa pula Mira tutup semula tingkap rumah ini?” persoalan mulai timbul, aku segera melangkah laju ke pintu masuk rumah kami, lalu aku membuka pintu rumah.

Sayup-Sayup aku dengar suara Mira dari dalam biliknya, sesekali terdengar satu suara yang agak garau!

Tiba-Tiba Aku berasa tidak sedap hati! Aku berjalan perlahan ke biliknya untuk mendengar suara itu lebih jelas.

“Abang, nanti kita kahwin abang nak berapa orang anak??” Kedengaran suara manja Mira menerjah halwa telinga Mak Midah!Berdesing telinga Mak Midah mendengar perkataan ‘ABANG’!!

“Sah!! Memang Sah Lelaki!! Nanti kau Mira!!” Mak Midah tidak dapat menahan kemarahannya, pintu bilik Mira dibuka Dengan Kuat sekali bagai nak roboh!!!

“MasyaAllah Mira!!! Tergamak kau ya buat Maksiat!!!” jerit Mak Midah dengan nada yang sungguh kuat!

Lebih mengaibkan Mira dan teman lelakinya langsung tiada seurat benang pun! Hancur hati Mak Midah melihat keadaan dan perlakuan mereka berdua di dalam bilik itu!

Tidak semena-mena Mira bangun dari atas katil di biliknya,.

“Eh! Kau dah tengokkan!! Apalagi kahwinkan jela kami!!” kata-kata Mira sedikit pun tiada perasaan bersalah dan berdosa di dalam dirinya.

Api kemarahan Mak Midah semakin membuak-buak, Mak Midah gagal mengawal api kemarahan itu, dia keluar melulu dari bilik anak gadisnya dengan langkah yang tidak teratur, di dalam hatinya mahu mengambil parang untuk membunuh saja manusia-manusia syaitan di dalam bilik itu, hatinya cukup hancur, anak yang dikandungnya itu tergamak melakukan dosa seperti ini!

Mak Midah kembali semula dari dapur dengan parang ditangannya tetapi kepantasan Mira dan teman lelakinya telah meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal milik teman lelaki Mira. “Aku sumpah kau Mira!! Aku takkan maafkan kau!! Celaka lah hidup kau!!!”. Jerit Mak Midah sambil anak matanya melihat Motor yang telah jauh meninggalkan halaman rumahnya mereka.

Mak Midah meraung ditangga rumahnya sehingga didengar para jiran tetangganya yang terdekat, dek kerana melihat keadaan Mak Midah Begitu, cepat-cepat para jiran tetangga datang ke rumah Mak Midah.

Mak Midah menceritakan segalanya tentang perlakuan Mira serta teman lelakinya itu, para jiran tetangga sedaya upaya memujuk Mak Midah yang tidak henti-henti menangis.

Lebih kurang setengah jam kemudian, datang kelibat kereta peronda polis masuk di halaman rumah Mak Midah, Mak Midah serta beberapa orang jiran yang dari tadi berada di rumah Mak Midah timbul rasa kehairanan, apakah Mira telah ditangkap? Siapa pula yang buat aduan? Kerana Mak Midah sendiri belum pergi lagi Ke Balai Polis untuk membuat laporan.

“Assalamulaikum. Adakah ini Rumah Harmira Rashid?(Bukan Nama Sebenar) Mak Midah serta semua yang berada di situ menjawab salam dari salah seorang anggota polis lengkap berseragam telah menghampiri mereka semua waktu itu”.

“Ya ini rumahnya, tapi kalau Encik nak saya jamin dia keluar, sampai kiamat pun saya tak mahu!” belum apa-apa lagi Mak Midah telah bersuara, marahnya masih belum reda.

“Maafkan kami ya, kami datang bukan untuk meminta puan menjamin beliau tetapi kami mahu puan segera datang ke hospital untuk mengesahkan mayat seorang gadis yang membonceng motosikal dan beralamat seperti di rumah ini”.

“Berderau Darah Mak Midah mendengar penjelasan Anggota polis tersebut! Suasana menjadi kelam kabut apabila Mak Midah tiba-tiba pengsan!jiran tetangga membantu agar Mak Midah sedar semula”.

Apabila Mak midah telah tersedar, Mak Midah hanya berkata.

“Jangan Bawa dia pulang lagi ke rumah ini. Aku tak mahu menerimanya lagi walaupun rohnya telah tiada. Aku takkan ampunkan dia” berkali-kali Mak Midah merayu agar jangan sesekali jenazah Mira dibawa pulang ke rumahnya, dia berkeras kerana dia sendiri masih belum mampu memaafkan Mira. Puas jiran tetangga memujuk Mak Midah tetapi hatinya tetap berkeras tidak mahu Jenazah Mira Di Bawa Pulang,

Akhirnya jenazah Mira diuruskan pihak hospital dan sehingga kini, Mak midah yang telah berusia tidak pernah walau sekali pun dia menziarahi pusara Mira anaknya. Lihatlah,Apakah Nasib Mira di akhirat kelak? Sungguh menakutkan sekali bagi seorang anak jika ibu kandungnya tidak dapat memaafkan walaupun anaknya telah meninggal dunia. Apakah suatu hari nanti sebelum Mak Midah akan memaafkan Mira? Wallahualam. Hanya Mak Midah yang mampu menjawabnya.

Jadi mudah-mudahan kisah yang dikongsikan ini menjadi tauladan buat kita, hargailah jasa dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu dan yang telah melahirkan kita ke dunia ini.

Pada hari ino,berapa banyak kata-kata kita yang telah menyinggung perasaan mereka?berapa banyak perbuatan kita melukakan hati seorang ibu?Seorang ibu bukanlah untuk di sakiti hatinya,seorang ibu bukan untuk kita luka kan,maka bahagiakan lah mereka selagi mereka ada di hadapan mata kita sepanjang hayatnya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*