Malique Tak ‘Wujud’ Di AME 2017, Sekadar Suara Buat Persembahan

Share This:

Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris akui rakaman suara ketika persembahan duet Dayang Nurfaizah menerusi lagu Pejamkan Mata di Anugerah MeleTOP ERA (AME2017) merupakan suara Malique.

Menurut Namanzee, pihak produksi mengadakan perbincangan bersama syarikat rakaman Malique, Warner Music mengenai persembahan tersebut.

Bagaimanapun, Malique bersetuju dengan hanya membenarkan rakaman suaranya sahaja untuk persembahan bersama Dayang di AME2017.

“Pihak produksi amat menghormati keputusan Malique untuk tidak muncul di pentas dan hanya mengizinkan rakaman suaranya sahaja.

“Memang benar kemunculan beberapa lelaki bertopeng di AME2017 hanyalah gimik semata-mata namun suara yang digunakan ketika persembahan tersebut sememangnya suara Malique.

“Kami juga rasa bertuah kerana Malique sudi merakamkan suaranya khas untuk AME2017,” jelasnya.

Terdahulu, nama Malique menjadi trending apabila peminat mula tertanya-tanya mengenai kemunculannya di AME2017 ketika persembahan Dayang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*