Lofattah Menang Besar, Tapi Penonton Kata AME 2017 Serba Tak Kena?

Share This:

Fattah Amin menang besar dalam Anugerah Meletop ERA 2017 (AME 2017) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam  malam tadi.


Selain memenangi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki), aktor kacak tersebut menyapu bersih tiga lagi trofi menerusi kategori Pelakon MeleTOP, Bintang Online MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Kategori Top Top MeleTOP (Wanita) pula dimenangi oleh Neelofa. Aktres cantik ini juga menggondol trofi dalam kategori Hos Meletop.

Foto: mStar Online

Berikut ialah senarai penuh pemenang AME2017:


1. Lagu MeleTOP – Ayda Jebat (Pencuri Hati)
2. Penyanyi MeleTOP – Siti Nordiana
3. Grup/Duo MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
4. Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era
5. Penyampai Radio MeleTOP – Johan
6. Filem MeleTOP – Munafik
7. Bintang Filem MeleTOP – Fasha Sandha
8. Drama MeleTOP – Suri Hati Mr. Pilot
9. Pelakon MeleTOP – Fattah Amin
10. Program MeleTOP – Taste Selebriti (Episod Neelofa)
11. Hos MeleTOP – Neelofa
12. Bintang Online MeleTOP – Fattah Amin
13. Artis Baharu MeleTOP – Khai Bahar
14. Couple MeleTOP – Stay & Akim Ahmad
15. Fesyen MeleTOP – Fattah Amin
16. Si Cilik MeleTOP – Yusof  Iskandar
17. Pelawak MeleTOP – Johan
18. Top Top MeleTOP (Lelaki) – Fattah Amin
19. Top Top MeleTOP (Wanita) – Neelofa


Namun di sebalik kemeriahan majlin terdapat kata-kata yang kurang enak didengar apabila penonton mula memberikan komen negatif tentangnya.


Antaranya adalah baju hos, Neelofa yang dianggap sebagai  serba tidak kena. Gandingan gaun dan T-shirt memang tak melambangkan diri Neelofa yang ‘fashionable.’

Bukan itu sahaja, peminat juga jengkel dengan adegan berpegangan tangan antara Ayda Jebat, Nabil dan Johan yang dikatakan keterlaluan.

Paling mengecewakan penonton adalah kemunculan Malique di atas pentas tidak seperti yang diharapkan peminat. Selain tidak mendedahkan wajah, ada juga yang kata lelaki tersebut bukanlah Malique sebaliknya hanya samaran orang lain sahaja.

Dan seperti biasa ‘ending’ yang dikatakan sendu dan hambar.

Apa pendapat anda?.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*