Jiran Tersalah Tembak, Budak Cedera Parah Terkena 13 Peluru Penabur Sesat

Share This:

Seorang kanak-kanak perempuan di Alor Setar, Kedah cedera parah apabila terkena 13 butir peluru penabur sesat yang dilepaskan daripada senapang patah jirannya.


Insiden yang berlaku di Kampung Lubuk Keriang, Mukim Lesong, Pokok Sena itu mangsa, Nur Syahida Bakar, 12, sedang makan bersama ahli keluarganya di rumah mereka yang terletak di tengah bendang.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, bapa mangsa  Bakar Saad, 45 dia terdengar bunyi letupan di dapur rumah sebelum menemui butir peluru berterabur di peti ais rumah dan terkena muka serta badan anak perempuannya.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa cedera di peha, kedua-dua betis, lengan kanan dan dada dan kini dilaporkan stabil dan mnerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.


Mohd Rozi menambah, “Dua lelaki yang tinggal berhampiran rumah mangsa datang sambil membawa sepucuk senapang meminta maaf kerana tersalah sasaran iaitu niat mereka hendak menembak burung.”


Polis menahan tiga lelaki berusia 52, 46 dan 74 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*