Gemuk Punca Tiada Tawaran Berlakon, Shah Jaszle Tekad Kuruskan Badan

Share This:

Penampilan awalnya ketika mula-mula membabitkan diri dalam industri tempatan dulu memang tidak dinafikan segak dan mempunyai bentuk badan yang ideal.


Namun kini, pelakon Shah Jaszle mengakui masalah berat badan berlebihan yang dihadapinya sekarang memberi kesan buruk terhadap karier lakonannya apabila sering ditegur pihak produksi untuk menguruskan badan.

“Sejak berkahwin berat badan saya pernah mencecah 82 kilogram daripada 65 kilogram dan tawaran berlakon mula berkurangan kerana tiada watak sesuai untuk saya.

“Jika ada pun kebanyakan yang saya terima peranan sampingan atau pembantu dan produksi pun ada tegur tentang berat badan saya,” katanya kepada mStar Online.

Tmabhanya lagi dia kini sedang berusaha keras untuk mendapatkan kembali berat badan asal menerusi senaman dan diet.


Walau bagaimanapun, aktor ini tidak akan sesekali menggunakan sebarang produk pelangsingan badan.

“Saya tak percaya dengan produk-produk kurus ni walaupun kesannya dilihat cepat kerana kita tidak tahu apa kesan sampingannya pada masa hadapan. Sebab itu saya lebih rela berdiet dan bersenam meskipun ia susah dan mengambil masa,” jelasnya.


Sama-sama kita nantikan perubahan Shah Jaszle nanti, mungkin lepas kurus berebut produser dan pengarah nak ambil berlakon kan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*