Dengusan Tu Buat Aku Rasa…

Share This:

Sebelum ini, pernahkah anda melalui pengalaman yang paling menyeramkan dalam hidup anda? Kisah seram yang kita dengar mahupun yang pernah kita alami sendiri tentu saja tidak lari dari kehidupan ini.

Ini adalah kisah seorang pemuda bernama Anas berasal dari kedah berusia 28 tahun akan berkongsi pengalaman paling menyeramkan dalam hidupnya sebelum ini,kita ikuti kisah beliau.

Selepas tamat spm, aku tidak menyambung pelajaran kerana mahu terus bekerja ketika itu.

Jadi aku mengambil keputusan untuk berhijrah dari kampung ke luar untuk mula bekerja dan kehidupan baru.

Semasa mula mula bekerja aku di beri asrama untuk penginapan.

Dan apabila sudah stabil kewangan hasil dari kerja dan usaha yang gigih tanpa mengenal penat kerana siang aku bekerja sebagai operator dan setelah tamat kerja jam 6 petang aku akan berkerja part time di sebuah restoren bagi mencari duit lebih dan akan pulang pada jam 12 tengah malam.

Aku memutuskan untuk mencari rumah sewa yang lebih selesa berbanding asrama pekerja.

Bertuah sekali kerana aku dapat juga mencari sebuah rumah apartment 2 bilik dengan kadar sewa murah sekitar rm300 sebulan.

Maka aku pun berpindah ke sana,jika keluargaku mahu datang atau berjalan dan menziarahiku sekurang-kurangnya sudah ada sebuah rumah yang selesa buat mereka tidur.

Di jadikan cerita,pada awal aku berpindah ke apartmen tersebut tiada masalah bagiku sehinggalah di suatu malam yang amat menyeramkan bagi ku sepanjang hidup telah berlaku sesuatu yang taj di duga.

Sewaktu aku mahu pulang dari tempat kerja part time ku pada tengah malam itu,seperti biasa aku akan sampai pada jam lebih kurang 12.40 tengah malam.

Sewaktu menaiki lif untuk naik ke tingkat atas apartment yang aku sewa itu tiba tiba aku berasa bulu roma ku tiba tiba naik!

Sesekali aku mendengar satu dengusan yang datang entah dari mana…

Aku cuba menenangkan diri sendiri ketika itu dengan mengingati perkara lain.

Sewaktu lif terbuka di tingkat di mana aku diami,Suara dengusan menjadi semakin kuat!sebanyak tiga kali dan terhenti.

Aku tidak menoleh kanan dan kiri lagi,aku melangkah dengan laju agar cepat sampai ke kediamanku.

Sewaktu mahu membuka pintu rumah dalam keadaan tangan yang menggeletar……..

“Awak buat apa,….” tiba tiba aku terdengar pertanyaan dari satu suara yang tidak aku tahu datangnya dari mana!!

aku menjadi semakin panik apabila aku melihat keliling tiada sesiapa pun di situ!

Bila aku panik di tambah tangan yang menggeletar Kunci rumah pula buat susah untul di buka! Masa inilah nak melambat-lambatkan.

Sekali lagi suara yang sama kedengaran takkala aku berjaya membuka pintu …

“Awak buat apa . …” tanpa berlengah lagi aku hempas daun pintu dan masuk ke bilik dengan segera.

Di dalam apartment ku keadaan menjadi bertambah teruk!

Kai ini bukan saja suara saja malah dengan hilaian yang amat pelik dan tak pernah ku dengar suara sebegitu sebelum ini!

Badan ku berasa panas! Peluh berjuaraian turun,jantungku berdegup lebih kencang!

Ketika itu aku merasa sudah tidak dapat tahan lagi rasa ketakutan yang sedang menyelubungi diriku!lantas dengan segera aku berlari semula ke pintu utama dan keluar dari apartment.

Ketika itu aku sudah tidak dapat berfikir apa apa malah lif tidak aku gunakan untuk turun ke bawah dari tingkat 5 apartment.

Akhirnya aku sampai juga ke bawah dan aku berlari ke pondok jaga.

Lagi beberapa langkah mahu sampai ke pondok jaga itu aku terlihat jaga berbangsa india tetap berada di situ sejak dari aku pulang tadi.

Tetapi siapa di belakang jaga india tersebut???

Makhluk rambut berjurai panjang hingga ke kaki dan tanpa wajah berada di belakang jaga india itu!!

Dek kerana perasaan takut bercampur tertekan aku pengsan di hadapan pintu masuk apartmen tersebut.

Apabila tersedar,aku mendapati diriku berada di sebuah klinik.

Menurut jaga india itu,dia yang telag membawaku ke klinik kerana aku pengsan tidak sedarkan diri.

Aku menceritakan apa yang telah berlaku dari awal sehinggalah aku berlari turun ke bawah dari apartment ku tadi.

Menurut jaga itu,pernah sebelum ini ada orang lain yang melihat makhluk yang seperti aku gambarkan tadi kepadanya.

Aku demam dekat seminggu sehingga ayah dan ibu ku datang mengambilku untuk di bawa pulang ke kampung.

Sehinggalah aku mengambil keputusan untuk mengambil barang-barangku di apartment tersebut untuk duduk semula di kampung.

Kini aku mengusahakan bengkel motor wang hasil dari kerja dan simpanan aku selama ini.

Jadi, itulah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sehingga ke hari ini. Begitulah pengalaman anas yang telah melalui pengalaman yang amat menyeramkan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*