Buku Bertemu Ruas! Ibu Belasah Guru Lepas Tonton Rakaman Anaknya Dikasari

Share This:

Kita sering disajikan dengan berita keganasan yang berlaku di pusat jagaan kanak-kanak. Tetapi lain pula yang berlaku di Beijing, China.


Baru-baru ini, media sosial China dihebohkan dengan sebuah video memaparkan seorang ibu yang mengamuk di sebuah tadika swasta selepas mendapati beberapa guru di situ mengasari anaknya.



Shanghaiist melaporkan sebaik pulang dari tadika berkenaan, anak wanita terbabit dipercayai mengadu kepada ibunya bahawa dia dipukul guru tadikanya.


Tanpa banyak soal, wanita itu bergegas ke tadika berkenaan meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Menerusi rakaman berkenaan, dua guru wanita didapati mencampak seorang kanak-kanak ke atas katil selain menyepak kerusi yang sedang diduduki beberapa murid ketika seorang guru sedang melakukan aktiviti senaman bersama murid lain.





Gagal mengawal amarahnya, wanita itu menyentap rambut seorang guru sambil menyeretnya ke lantai sebelum menyepak mukanya sebagai balas dendam.


Menerusi rakaman itu, rata-rata netizen menyokong tindakan wanita terbabit, malah ada yang mengatakan hukuman diberi terlalu ringan.

“Saya sokong tindakan si ibu. Kalau tak suka kanak-kanak, jangan jadi guru. Kalau saya, saya akan tumbuk sampai lunyai,” komen seorang netizen.



Foto: FB Shanghaiist



Ini baru namanya buku bertemu ruas! Masa buat anak orang, fikir sedap puas dia saja, kan? Kan dah rasa penangan seorang ibu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*