Bangga Jadi Muslim, Bella Hadid Teruja Nak Balik Kampung

Share This:

Supermodel Amerika Syarikat (AS) berketurunan Palestin Bella Hadid menyatakan hasratnya untuk menziarahi bumi Palestin yang merupakan tanah kelahiran bapanya, Mohamed Hadid.





Majalah Sayidaty melaporkan seperti dipetik portal Arab News, Bella, 20, tak dapat menggambarkan keterujaannya andai kata hasratnya itu termakbul.


Dalam penampilannya menerusi program ET BelArabia di saluran MBC, adik kepada supermodel Gigi Hadid itu berkata dia terlalu teruja dan bersemangat untuk menziarahi Palestin lebih daripada orang lain.




Foto: IG Bella Hadid

“Saya mahu melakukannya lebih daripada perkara lain di dunia ini,” katanya.


Terdahulu, Bella mengakui dia berbangga dengan jati dirinya sebagai seorang Muslim.


Bapanya pernah menetap di Syria dan Lebanon sebelum berpindah ke AS ketika masih remaja.



Foto: IG Mohamed Hadid

“Dia seorang yang kuat agama dan sering berdoa bersama kami. Saya bangga menjadi seorang Muslim,” katanya.


Semoga terbuka hatinya untuk membantu beri sumbangan kepada rakyat Palestin yang ditindas, sekali gus berubah menjadi Muslim sejati. Apapun, semoga Bella bahagia dan terus berjaya dalam apa jua diceburinya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*