Tohmahan Pembangkang Dapat Ditangkis Dengan Slogan ‘SEDASS’

Share This:

Baru-baru ini, Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu mencetuskan ilham slogan baharu untuk UMNO negeri iaitu SEDASS bagi menangkis tohmahan dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional Terengganu.

SEDASS dicipta bagi menerangkan penjelasan sebenar tentang sesuatu perkara di samping menyebarkan cerita kejayaan (success stories) yang telah dilaksanakan oleh rakyat dan kerajaan negeri Terengganu dalam pelbagai perkara.

‘Apa yang perlu dilaksanakan oleh pejuang-pejuang UMNO kita semua adalah dengan tagline dipanggil SEDASS iaitu sekali tembak habis terus puak dia dan tidak perlu tembak banyak kali (tangkis serangan pihak lawan).

‘SE bermaksud Serang iaitu seperti yang dikatakan oleh oleh Perdana Menteri kita tidak boleh defensif tetapi kena serang No Retreat No Surender’.

‘Kemudian DA iaitu dengan Serang Dengan Angka kerana pertandingan kita berasaskan nombor maknanya kita kena perang dengan nombor’.

‘SS adalah Success Stories kita kena ceritakan kejayaan yang dicapai oleh negeri Terengganu dalam pelbagai bidang kepada rakyat bagi melawan adu domba pihak yang cemburu dengan kejayaan Terengganu’ katanya selepas melancarkan Kelab Sahabat N87 (Najib87) peringkat negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman malam tadi.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Ketua Penerangan Kelab Sahabat N87 Pusat, Datuk Nasaruddin Alang, Pengerusi Kelab N87 Negeri Terengganu Dato’ Rahman Bakar, Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail dan 1500 bekas pemimpin zaman 1987 hingga 1993.

Kelab Sahabat N87 Terengganu menyasarkan seramai 16,000 ahli di mana 2,000 di setiap 8 bahagian menjelang akhir tahun ini yang menghimpunkan bekas pemimpin Pemuda UMNO untuk menyumbang kepada UMNO dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Sementara itu Ahmad Razif mahu semua ahli parti mengetepikan perselisihan peribadi sebaliknya menumpukan penyatuan sesama ahli mempertahankan institusi kepimpinan Presiden parti UMNO daripada diserang parti pembangkang.

Menurut beliau, ahli parti UMNO perlu kembalikan kepada konsep cara lama dimensi baharu iaitu kita bersama-sama semula rakan-rakan lama kita seperti kata perumpamaan lidi sebatang tidak akan kuat dan mudah dipatahkan berbanding sebekas lidi yang bersatu padu yang tidak mampu digugat dan dipatahkan pihak lawan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*