Pembunuh Penjaga Kuil Ditahan

Share This:

Polis hari ini menahan enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembak di Jalan Satu, Air Itam di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, kesemua lelaki itu berusia antara 14 dan 55 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

“Mereka ditahan di sekitar kawasan Datuk Keramat dan Air Itam dan akan direman selama seminggu bermula hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian tembak yang melibatkan rumah milik seorang penjaga kuil kira-kira pukul 9.50 malam tadi.

Comments

comments

One thought on “Pembunuh Penjaga Kuil Ditahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*