Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu Dilancar Ahmad Razif

Share This:

Malam ini, Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu telah melancarkan Kelab Sahabat N87 (Najib87) peringkat negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman.

Kelab berkenaan yang ditubuhkan bertujuan menghimpunkan semua bekas ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang sezaman dengan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak daripada tahun 1987 hingga 1993 bagi peringkat negeri ini.

Menurut Pengerusi Kelab N87 Negeri Terengganu Dato’ Rahman Bakar ahli kelab itu berikrar memberikan sokongan dan dokongan padu kepada kepimpinan Najib selaku pemimpin utama negara dan mempertahankan parti UMNO daripada diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada program itu juga Ahmad Razif melancarkan laman web www.N87Terengganu.com yang mengandungi info kelab sahabat Najib N87 Terengganu, Organisasi dan Galeri Gambar N87 setiap Bahagian di Terengganu.

Dalam majlis itu turut diadakan Majlis Penyerahan Watikah, penyerahan senarai Ahli Jawatankuasa N87 Negeri, penyerahan senarai Ahli Jawatankuasa N87 Parlimen.

Dalam majlis tersebut, turut hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail dan 1500 bekas pemimpin zaman 1987 hingga 1993.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu Dilancar Ahmad Razif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*