Dr MAZA Berang Hindraf Putar Belit Kenyataan, Campur Urusan Agama Islam Di Perlis

Share This:

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin begitu berang dengan kumpulan ekstrem agama Hindu, Hindraf apabila pergerakan itu memutarbelit puisi beliau yang dimuatnaik semalam termasuk berani masuk campur urusan khutbah di negeri Perlis.

Menurutnya yang mesra dikenali sebagai Dr MAZA, dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Mufti Perlis tidak pernah terlibat dalam mempromosikan keganasan sebaliknya sentiasa mengamalkan pendekatan yang harmoni dan mencari ruang damai antara agama yang berbeza.

Saya juga yang menentang memanggil orang bukan Islam dengan gelaran kafir harbi kerana bimbangkan ketegangan antara agama.

“Jabatan Mufti Perlis dalam fatwanya juga sentiasa mengambil kira keadilan untuk semua. Dalam isu hak penjagaan anak umpamanya, fatwa Perlis merentasi isu agama kepada isu kepentingan anak tanpa diikat dengan isu agama.

“Ini dengan turut mengkaji beberapa isu anak yang membabitkan penganut Hindu dan lain-lain di Malaysia.

“Demikian juga fatwa zakat Perlis yang membenarkan ulul amri memberikan bahagian kepada bukan muslim atas asnaf muallaf,” katanya dalam kenyataan berkenaan yang dikeluarkan semalam.

Ada pihak lain, menurut Dr MAZA ada pihak yang tidak nampak pendekatan pihak agama Islam Perlis malahan terus membangkitkan isu yang menyebabkan ketangan agama dan permusuhan tidak sihat antara kaum.

“Mereka ini menefon Jabatan Mufti Perlis dan memaki hamun. Bayangkan,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Dr MAZA ada memuatnaik status Faceboo seperti puisi yang ada memasukkan ayat berkenaan ‘penyembah lembu’ dan ia menyebabkan ramai penganut agama Hindu marah dengan beliau.

Bagaimanapun beliau kemudian menjelaskan kenyataan itu merujuk kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Semakan hari ini mendapati “Puisi Pagi Jumaat” itu sudah tiada pada paparan Facebook Mohd Asri.

Puisi berkenaan jelas maksudnya mengkritik tindakan sesetengah pihak dalam kumpulan tertentu yang begitu benci akan pendakwah terkenal dunia, Dr Zakir Naik yang ketika ini dikehendaki oleh pihak berkuasa India kerana dikatakan mempromosikan keganasan dalam ceramahnya.

Padahal, Dr Zakir hanya menerangkan apa persamaan dalam agama berbeza di dunia ini apa nilai kebaikan yang lebih mulia dalam Islam yang menjadi satu-satunya agama yang diterima oleh Allah dimuka bumi ini.

Mohd Asri seorang daripada tokoh yang kuat membela pendakwah kelahiran India, Dr Zakir Naik, yang kini dikehendaki atas beberapa tuduhan jenayah.

Kata Mohd Asri kumpulan pelampau Hindu Sejak awal lagi cuba campur tangan dalam urusan masjid di Perlis apabila mempertikaikan khutbah yang akan di sampaikan oleh Zakir.

“Apakah boleh mereka campur tangan urusan agama orang lain dan kemudian ingin memberitahu kita jangan campur tangan urusan agama mereka?” katanya.

Selepas kerajaan memaklumkan Zakir diberi status pemastautin tetap di negara ini, katanya, kumpulan terbabit memainkan lagi isu pendakwah berkenaan.

Ulasan-ulasan mereka – serta sesetengan orang Islam – di atas talian pula, kata Mohd Asri, amat menyentuh sensitiviti orang Islam.

“Selepas itu, puisi saya yang berkaitan kerajaan Modi India mereka spin kononnya untuk kaum Hindu di Malaysia. Maka, apakah sebenarnya yang mereka mahu?” katanya. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*