Mana Laporan Polis Dari Zairil?

Share This:

Hari ini, sudah memasuki hari kelima sejak terbongkarnya beberapa keping gambar hubungan intim antara Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan bekas calon DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya berlalu. Pelbagai spekulasi telah timbul sepanjang pendedahan gambar-gambar berkenaan samada dari ibu Dyana sendiri, Dyana mahupun Zairil.

Di pihak Dyana, ibunya, Yammy Samat dan Dyana Sofya sendiri menyelar beberapa pihak yang kerap kali mengganggu hak peribadi anaknya. Walaupun tidak dinyatakan secara langsung, dari ulasan Yammy mahupun Dyana, mereka seolah-olah mengakui, ketiga-tiga pendedahan hubungan sulit Dyana dan Zairil ini benar-benar wujud.

Namun, bagi Zairil pula, untuk kali ketiga, dia menegaskan, ketiga-tiga imej yang memaparkan mirip wajahnya itu bukan dirinya. Sebaliknya, ia imej berkenaan dakwanya sebagai orang lain dan ianya sengaja dicetuskan untuk menjatuhkan karier politiknya. Apa yang menarik, DAP Pulau Pinang sendiri enggan mencampuri masalah ini. Sebaliknya mereka lebih senang menjauhkan diri dari terlibat secara langsung.

Melihat dari penafian Zairil ini, timbul persoalan, apa tindakan Zairil untuk membersihkan nama dan “skandalnya” Dyana Sofya? Cukupkah dia mengeluarkan kenyataan melalui akaun Facebook miliknya menafikan gambar berkenaan adalah dirinya? Cukupkah penafian mulut Zairil sendiri tanpa mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaannya?

Jika Zairil sedar, sebagimana rakyat Malaysia yang lain, mereka tertakluk kepada undang-undang di mana kes seumpama ini wajar dilaporkan kepada pihak Polis untuk diambil tindakan susulan. Namun apa yang menariknya, sehingga kini, baik Zairil mahupun Dyana masih gagal membuat sebarang laporan polis bagi membersihkan nama mereka.

Ini menjadikan, apa yang telah menjadi tular sejak akhir-akhir ini mengesahkan ia adalah Zairil dan Dyana, bukannya hasil daripada perbuatan khianat samada dari dalam parti mahupun luar parti DAP. Bukankah lebih baik Zairil tampil dengan laporan polis bagi menangkis sebarang tuduhan yang dilemparkan keatasnya?

Mungkin pada pemikiran Zairil mahupun Dyana, mereka mengharapkan rakyat Malaysia melupakan isu skandal mereka. Mereka turut mengharapkan, pendedahan gambar intim mereka beberapa tahun lalu akan luput dari ingatan. Namun, mereka sebenarnya silap. Imej dan intergiriti mereka akan terus dipersoalkan atas kerana kegagalan mereka melakukan laporan polis dan hanya membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja.

Yang bergembira atas tindakan mereka adalah individu yang mendedahkan gambar mereka. Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO dan Barisan Nasional kerana setiap pergerakan mereka akan terus diperhatikan.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Mana Laporan Polis Dari Zairil?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*