Di Mana Ezam Dan Khairuddin Dalam Kes Adam Rosly?

Share This:

Dalam kehangatan memperkatakan tentang parti-parti politik pro pembangkang di Malaysia, secara tiba-tiba, munculnya Parti Bebas Rasuah (PBR) yang ditubuhkan oleh Datuk Ezam Mohd Nor dan orang kanan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Teras utama parti ini adalah membenteras rasuah di kalangan ahli politik di samping mereka mendakwa, merekalah yang paling bersih dari gejala rasuah.

Walaupun penubuhan parti ini masih lagi menjadi pertikaian antara pemilik asal parti ini dengan ROS, namun, Ezam dan Khairuddin dilihat sudah mula menggerakkan parti ini dengan mendakwa, mereka adalah suara pendesak bagi membebaskan negara dari sebarang unsur rasuah dan penyalah gunaan kuasa.

Apa yang menarik untuk di persoalkan adalah, di manakah suara pemimpin yang kononnya paling bebas rasuah setelah meletup satu kes yang membabitkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Rosly? Bukankah mereka sepatutnya menyuarakan kecaman mereka keatas Adam Rosly yang secara terang-terangan memperolehi kekayaan yang cukup luar biasa?

Sama seperti kes yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kedua-dua individu dari PBR ini telah bertukar menjadi bisu apabila memperkatakan tentang dua kes penyalah gunaan kuasa dan rasuah mega ini. Bagi mereka berdua, mereka lebih berminat mencari kesalahan Datuk Seri Mohd Najib berbanding menyuarakan kecaman terhadap mereka yang secara jelas terlibat dalam kes-kes seumpama ini.

Lebih melucukan, Ezam yang dikenali sebagai ahli politik katak akibat kegemarannya berpindah randah antara satu parti politik ke satu politik lain, juga tidak terlepas dari di persoalkan tentang intergritinya. Sehingga hari ini Ezam masih gagal mengemukakan apa yang terkandung di dalam 6 kotak yang kononnya mempunyai bukti salah laku Mahathir.

Bagi Khairuddin pula, sehingga kini dia masih gagal memberikan jawapan, bagaimana dia mampu menyelesaikan masalah rumahnya yang hampir dilelong, kira-kira 2 tahun yang lalu. Secara tiba-tiba dia boleh bebas dari bebanan hutangnya sedangkan pada satu ketika, dia mengakui tidak akan mungkin mampu menyelesaikan masalah hutangnya? Hairan bukan?

Mungkin Ezam mahupun Khairuddin tidak faham atau sengaja buat tidak faham betapa beratnya nama parti politik yang ingin ditubuhkan oleh mereka. Sepatutnya, istilah Parti Bebas Rasuah ini tidak memihak kepada mana-mana pihak. Sebagai sebuah parti yang anti rasuah, sepatutnya mereka akan bertindak menghentam mana-mana pihak yang melakukan perkara demikian.

Ini tidak. Jika kesalahan rasuah itu berlaku di pihak kerajaan, merekalah yang akan tampil menghentam individu terbabit. Namun, apabila melibatkan mana-mana pihak dari Pakatan Harapan, seboleh-bolehnya mereka ingin tinggal di kompleks gua di Afghanistan. Adakah ini yang dinamakan Parti Bebas Rasuah? Atau mungkin sahaja parti ini sepatutnya dinamakan Parti Gila Kuasa?

Comments

comments

Related Post

One thought on “Di Mana Ezam Dan Khairuddin Dalam Kes Adam Rosly?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*