Dah Dapat Yang ‘Expert’, Aku Ditinggalkan Terkapai-kapai

Share This:

Kisah saya ni pasal teman lelaki saya kantoi curang dengan isteri orang tapi saya dapat tahu pun dari orang lain. Adik beradik dia yang beritahu saya. Saya tak faham la apa yang dia nak pada isteri orang tu dan isteri orang tu pun sama naik melayan. Dah ada suami pun masih menggatal lagi.

Sekarang, dia layan saya endah tak endah je. Mungkin tengah seronok melayan isteri orang. Dia layan perempuan tu sampaikan apa yang saya tanya ke saya cakap apa-apa pun terus melenting dan memang tak boleh buat berbincang. Apa yang dia tahu jawab dia salahkan saya je atas setiap benda yang terjadi.

Saya pun tak tahu saya salah apa sebab selama perkenalan saya dengan dia, saya tak pernah pun berkurang ajar dengan dia walaupun perangai dia sebaliknya dengan saya. Keluarga dia semua dah tahu pasal dia dan isteri orang tu.

Saya bernasib baik sebab keluarga dia terima saya dan layan saya dengan baik, dan ibu bapa dia pun nasihatkan saya supaya tinggalkan je anak dia tu. Biar anak dia sedar sendiri salah dia. Masalahnya sekarang. Saya cuba nak keraskan hati tak nak fikirkan dia lagi tapi hati saya ni tetap sayang dan berharap yang isteri orang tu sedar diri yang dia tu masih berstatus isteri orang.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Dah Dapat Yang ‘Expert’, Aku Ditinggalkan Terkapai-kapai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*