Berhentilah Mahathir Dari Terus Jadi Manusia Munafik Untuk Politik

Share This:

Di dalam politik negara, sejak Pakatan Harapan berjaya memperolehi kerusi yang paling banyak sepanjang 13 kali Pilihan Raya Umum di adakan, rentak berpolitik mereka jelas berubah sama sekali. Mereka akan menggunakan apa sahaja tanpa memperdulikan fakta mereka betul ataupun tidak hanya semata-mata mahu meraih keuntungan politik semata-mata.

Rentak kejahatan pembangkang ini begitu mudah meresap kedalam diri Tun Dr Mahathir yang kini menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM, salah sebuah parti yang menganggotai Pakatan Harapan. Hampir setiap minggu, ada sahaja tohmahan yang dilemparkan Mahathir untuk memburukkan kerajaan. Walhal, kebanyakan fitnahnya telah terjawab dengan sendirinya.

Sebagai contoh, Mahathir kerap kali mengaitkan kerajaan dengan skandal 1MDB yang terlebih dahulu dimainkan pembangkang. Pelbagai fakta sengaja diputar belitkan Mahathir hanya untuk kepentingan politiknya semata-mata. Hari ini, semua hutang yang membabitkan 1MDB telah berjaya diselesaikan dan sekaligus menjawab segala fitnah yang dilemparkan olehnya.

Terbaru, Mahathir mendakwa Malaysia berada di dalam 10 buah negara yang paling teruk mengamalkan rasuah. Entah dari mana fakta ini dikutip dan secara pantas dia melabelkan negara yang didiaminya hari ini sebagai negara paling rasuah. Hakikat sebenar, Malaysia berada ditangga ke 55 daripada 176 buah negara (statistik penggal terakhir 2016).

Melihat daripada kedudukan Malaysia ini, sebenarnya ia jauh lebih baik daripada apa yang didakwa Mahathir. Apa yang cuba dilakukan Mahathir sebenarnya adalah untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan negara dengan mengada-adakan cerita yang langsung tidak wujud. Ajaibnya, fakta gila yang dikutip Mahathir ini terus dipercayai oleh pentaksubnya tanpa dakwa dakwi lagi.

Mungkin juga sebenarnya Mahathir tidak memahami akan erti penilaian indeks rasuah dunia. Di kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia berada ditangga ketiga dari 10 buah negara sebagai negara yang paling bebas rasuah. Untuk pengetahuan Mahathir, semakin sikit ranking sesebuah negara bermakna, negara berkenaan paling kurang mengamalkan rasuah.

Jika Malaysia mengamalkan rasuah dan berada dalam 10 buah negara yang paling mengamalkan rasuah, sudah tentu Malaysia berada di tangga 166 hingga tangga 176. Ini tidak, Malaysia berada ditangga ke 55 dan ketiga dirantau Asia Tenggara. Fakta mana yang dikutip Mahathi ini? Adakah dari hearsay ataupun fakta yang dikutip dari para blogger yang taksub kepadanya?

Berhentilah Mahathir dari terus meletakkan dirinya dalam keadaan munafik. Pada usia 92 tahun ini, sepatutnya Mahathir meluangkan masa yang ada kepada kaum keluarganya bukan sibuk menjaja fitnah yang entah dari mana datangnya. Mungkin bagi pentaksubnya, apa yang diperkatakan Mahathir wajar diberi perhatian serius. Namun bagi mereka yang berakal, setiap apa yang dituturkan Mahathir bakal mengundang ketawa dan kecaman.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Berhentilah Mahathir Dari Terus Jadi Manusia Munafik Untuk Politik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*