Ayahku Terjun Parit, Gara-gara Perempuan Ini

Share This:

Masa dulu, dalam tahun 80an, ayah aku selalu balik kerja tengah malam sebab nak cari rezeki untuk membesarkan anak-anak.

Dari jalan besar masuk ke jalan kampung balik ke rumah memang gelap gelita. Agak jauh la juga. Tak jauh dari jalan besar tu ada satu pokok cempedak yang rimbun dan lebat sangat buahnya.

Satu hari tu, ayah aku macam biasa balik kerja dah tengah malam naik motor la kan. Daripada jauh ayah aku nampak la ada seorang perempuan berdiri tepi jalan bawah pokok cempedak tu. Ayah aku dah taku juga la masa tu, kenapa ada perempuan tengah-tengah malam dalam gelap lagi.

Ayah aku perlahankan la motor, tak nak laju berdesup, takut perempuan tu tiba-tiba jalan ke tengah tak pasal-pasal benda tak baik pula jadi nanti.

Sampai je depan perempuan tu, lampu motor tersuluh muka dia. Memang terkejut la ayah sebab tengok muka dia ngeri sangat, berdarah-darah, rambut panjang baju compang camping bagai.

Tiba-tiba perempuan tu melompat terus ke atas pokok cempedak lepas tu mengilai-ngilai. Ayah aku punyalah terkejut dan takut bawa motor memang tak ingat dunia. Nak masuk rumah kena lalu jambatan sebab ada parit kecil di situ.

Masa tu, ayah aku tak sedar, motor terkeluar daripada jambatan terus masuk parit. Menjunam la ayah aku masuk dalam parit. Ayah aku biarkan motor dalam parit dan terus berlari masuk rumah. Esok pagi, baru keluarkan motor dari dalam parit tu.

-pru14.tv-

Comments

comments

One thought on “Ayahku Terjun Parit, Gara-gara Perempuan Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*