Zairil Mangsa Politik Kotor Dalaman DAP?

Share This:

Antara beberapa isu yang hangat di mainkan di arus politik negara hari ini adalah, isu membabitkan skandal percintaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan bekas calon Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya. Manakan tidak, imej kucupan mesra Zairil pantas menjadi tular di laman-laman sosial hari ini dengan dihiasi pelbagai kenyataan dari mereka berdua serta ibu Dyana sendiri.

Di pihak ibu Dyana, dia dilihat agak berang apabila kerap kali hak privacy anaknya diganggu. Malah, dalam kenyataan Dyana sendiri melalui akaun Facebook peribadinya, Dyana turut senada dengan ibunya yang menempelak mereka yang kerap kali mengganggu kehidupan peribadinya.

Namun begitu, lain pula halnya dengan Zairil. Melalui kenyataan melalui akaun Facebooknya, dia tidak mengaku bahawa lelaki di dalam gambar berkenaan dalah dirinya. Malah, dia pantas menunding jari kepada mereka yang mahu merosakkan imejnya dan menuduh, mereka melakukan “super impose terhadap gambar berkenaan.

Lebih menarik lagi, hampir kesemua pemimpin DAP di Pulau Pinang senada bahawa Zairil perlu mempertahankan dirinya sendiri dari sebarang tuduhan dengan tidak membabitkan mana-mana pemimpin DAP dalam kesnya kali ini. Malah, Lim Guan Eng juga dilihat langsung tidak berminat untuk membela Zairil dari sebarang serangan terhadap gambarnya. Persoalannya, adakah Zairil kini cuba di “lenyapkan”?

Melihat kepada reaksi ramai pemimpin DAP negeri, nampaknya, dakwaan berkenaan memang berasas. Ini kerana, tidak seperti kes Zairil dan Dyana sebelum ini, ada sahaja pemimpin DAP yang akan tampil membela nasib mereka berdua. Malah, Lim Kit Siang sendiri pernah menafikan skandal Zairil dan Dyana sewaktu kes seperti ini mula-mula tular beberapa tahun yang lepas.

Namun kali ini, semuanya bertindak mengasingkan diri. Lebih menarik, Zairil sehingga kini masih enggan membuat sebarang laporan polis bagi mengesahkan dakwaannya. Apa yang ingin ditanyakan kepada Zairil adalah, siapakah yang menyebarkan gambar berkenaan kerana menurut beberapa pihak, gambar berkenaan dirakam di luar negara, bukannya di Malaysia?

Andai demikian, mungkin ahli rombongan DAP sendiri yang menyebarkan gambar berkenaan kerana awal tahun lalu, menurut sumber, beberapa orang pemimpin DAP ada membuat lawatan ke London, tempat di mana Dyana melanjutkan pelajarannya. Mengambil kira dakwaan ini, besar kemungkinan, ada diantara ahli DAP sendiri yang mahu melihat kerjaya politik Zairil dilenyapkan melalui skandalnya dengan Dyana.

Mungkin Zairil perlu mendengar nasihat pelbagai pihak dalam menangani kesnya. Zairil perlu tampil membuat laporan polis bagi membersihkan namanya. Paling utama, usah terlalu mudah menunding jari kepada pihak lain. Mungkin ada diantara ahli partinya sendiri yang benar-benar berhasrat mahu melenyapkan karier Zairil dari pentas politik DAP Pulau Pinang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*