Video Samseng Tular, 13 Pelajar Geng 24 Ditahan Polis

Share This:

Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) telah menahan seramai 13 pelajar kerana menyertai kumpulan kongsi gelap Geng 24.

 
Laporan dari Berita Harian menyatakan mereka adalah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, SMK Raja Mahadi, SMK Shahbandaraya dan SMK Kampung Jawa.
 
Selain pelajar, lima yang lain turut ditahan kerana menganggotai kumpulan yang sama.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan perkara terbabit menerusi akaun Twitternya, pagi tadi.
 
Sebuah rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan kumpulan itu melakukan kekecohan dengan membakar mercun dan memegang kain rentang tertera nombor 24.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*