Tuntutan Nafsu Buat Dia Jadi Gila

Share This:

Ada segelintir manusia sanggup lakukan apa saja untuk menjadi cantik, ada yang sekadar mengikut petua kecantikan lama dan di zaman yang serba maju kini teknologi kecantikan juga jauh lebih maju dengan adanya bermacam-macam cara seperti suntikan kecantikan malah yang paling ekstrem apabila sanggup menggunakan perantara jin dan iblis untuk menjadi cantik dengan memakai susuk kecantikan.

Terbaru, kami membongkar kisah gara-gara susuk cantik wanita jadi gila akibat dari memakai susuk, tentunya para pembaca sudah tidak sabar lagi untuk mengikuti kisah kita pada kali ini,tanpa membuang masa mari kita ikuti kisah Regina seorang wanita yang memakai susuk dan mendapat akibatnya seperti yang diceritakan sendiri oleh rakan karib beliau.

Regina memang seorang gadis yang cantik, semasa kami bersekolah dahulu, dia antara pelajar yang menjadi kegilaan ramai di sekolah, namun sikapnya sejak di bangku sekolah beliau tidak pernah merasa cukup dengan kecantikan yang dia ada.

Habis bersekolah Regina tidak menyambung pelajaran seperti aku, namun kami sentiasa berhubung ketika itu sehinggalah aku menamatkan diploma yang aku ambil maka aku pun pulang ke kampung halaman. Regina masih di kampung dan apabila aku mendapat tawaran pekerjaan di ibu kota beriya-riya benar dia mahu mengikuti aku kebetulan ketika itu aku menumpang di rumah kakak aku di sana maka disebabkan itulah juga keluarga Regina memberi izin untuk regina pergi bekerja bersama aku ke ibu kota.

Sesampainya kami di rumah kakak aku, aku bekerja di tempat baru seperti yang ditawarkan kepada aku, manakala Regina pula dibantu kakak aku sendiri untuk mencari kerja, tidaklah susah untuk Regina mencari kerja kerana dia ada rupa.

Kami bekerja seperti biasa dan diam tak diam sudah masuk setahun kami di ibu kota, suatu hari Regina memberitahu aku serta kakak aku untuk berpindah ke tempat lain, walaupun agak berat aku serta kakak mahu melepaskan Regina kami terpaksa akur juga atas permintaan Regina sendiri.

Tiga bulan selepas Regina berpindah aku sudah agak jarang dihubunginya, aku cuba hubungi atau mesej tetapi ada kala nya dia membalas mesej dan jarang sekali dapat berbual dengan nya di telefon, fikir aku mungkin Regina agak sibuk kebelakangan ini.

Dan suatu hari juga Regina tiba-tiba menghubungi aku kata nya ingin bertemu, maka kami pun berjumpa di tempat yang dijanjikan,.

“Aku minta maaf, kebelakangan ini aku tertekan sangat” luah Regina sambil meneguk air coke ditangannya.

“Kan aku dah pesan kalau ada apa apa kau cari aku Gina, ini tak aku mesej pun kau bukan nak beritahu apa-apa, aku risau tahu tak” omel aku di depan Regina, betapa risaunya hati aku setelah tiga bulan baru dapat bertemu dengannya.

“Aku ada masalah dengan Adam,.kau tahu kan aku bercinta dengan Adam” luah Regina lagi, Adam yang di maksudkan adalah Anak majikan tempat Regina bekerja, memang bertuah sungguh Regina kerana di pikat oleh Adam anak orang kaya.

“Apa masalah nya, cuba kau cerita pada aku” balas aku yang telah bersedia mendengar luahan hati rakan baik aku ini.

“Adam buat hal, semenjak akhir-akhir ini aku jadi pelik dengan Adam, aku syak Adam ada perempuan lain”,.jelas Regina dengan riak wajah muram

“Lah, betul ke ini Gina atau ini sekadar perasaan kau je? Kau kena siasat dulu Gina mungkin Adam sibuk bantu cawangan syarikat ayah nya itu?” pujuk aku.

“Aku yakin sangat sebab hari itu aku macam terpandang Adam masa aku keluar beli pakaian,aku cuba hubungi Adam sebelum keluar tapi dia kata dia nak ke cawangan syarikat ayah nya lagi satu, ada urusan, mata aku ini tak salah pandang, memang aku nampak kereta Adam dalam nya ada perempuan dari jalan bertentangan, bila aku tanya Adam dia menafi kan lepas itu sekarang ini aku mesej atau hubungi pun dia susah nak balas” jelas Regina panjang lebar.

“Sabar lah Gina,aku faham perasaan kau, habis kau nak buat apa sekarang ini?” soal aku.

“Aku nak ke Thailand berehat di sana” sungguh ringkas jawapan Regina.

“kalau begitu tak apa lah asalkan kau dapat hilangkan tekanan ini tapi kalau apa-apa kau mesti beritahu aku tau”pesan aku sebelum kami berdua berjalan pulang ke arah yang berlainan.

Sejak dari itu juga dekat beberapa bulan Regina tak jumpa atau hubungi aku, mungkin dia terlalu kecewa agaknya, aku cuba hubungi nya namun tiada respons apa pun dari nya.

Sehingga lah Regina muncul secara tiba-tiba dengan wajah yang berseri seri luar biasa.

“Gina,ke ini??” soal aku yang agak terpaku dengan kecantikan Regina lebih dari apa yang aku lihat sebelum ini.

“Kau ini, baru berapa bulan tak jumpa dah tak kenal aku ke??” soal Regina.

“Eh tak ada lah tapi kau nampak lebih cantik sekarang” puji aku tak kala melihat kecantikan Regina ketika itu.

“Dah, dah jangan merepek! Hehe, aku nak beritahu kau yang aku dan Adam dah berbaik semula tau.” bukan main gembira lagi Regina memberitahu aku tentang perhubungan nya dengan Adam bertaut kembali.

“Oh! Patutlah nampak berseri-seri rupanya Encik Mr Perfect dah sayang balik, hehee” balas aku, mungkin sebab Regina sudah gembira membuatkan wajahnya kelihatan berseri-seri.

Tidak lama selepas itu Regina menjemput aku pada majlis perkahwinannya, bukan main gembira lagi aku ketika itu, akhirnya cinta mereka ke jinjang pelamin.

Setahun lebih berlalu, Regina sudah pun mengikut suaminya Adam ke tempat lain bagi mengurus kan cawangan syarikat keluarganya di sana, ada kala nya aku dan Regina berhubung namun lama kelamaan Regina semakin mendiam kan diri, macam-macam yang aku fikirkan, apakah Regina ada masalah dalam rumahtangganya kini? Aku hanya mampu berdoa buat Regina.

Suatu hari aku mendapat cuti seminggu dan aku memutus kan untuk pulang ke kampung halaman aku bersama kakak aku, setelah melalui perjalanan beberapa jam maka kami pun selamat tiba di kampung halaman kami.

Malam itu selesai kami sekeluarga makan malam ibu aku memberitahu aku sesuatu tentang Regina.

“Elok sangat lah kau balik nak, Gina kawan kau itu tak berapa sihat sekarang ini” terkejut aku mendengar kata-kata ibu aku.

“Apa?? Gina sakit? Bukan ke Gina dengan suami dia? Sakit apa emak??” soal aku ingin tahu lebih lagi.

“Emak pun nak cerita tak berani, elok kau jelah nanti pergi ziarah Gina itu ya” balas ibu aku ringkas.

Keesokan pagi nya aku tergesa-gesa ke rumah keluarga Regina, setelah di pelawa masuk aku bertanya tentang Regina lalu di bawa nya aku menemui Regina, alangkah terkejut nya aku melihat keadaan Regina ketika itu dalam keadaan tidak terurus serta kurus, malah Regina tidak lagi mengenali aku sebagai rakan nya.

Paling membuat kan aku sedih apabila Regina terpaksa di kurung dengan jagaan di sebuah bilik khas dalam rumah nya,kerana Regina boleh bertindak agresif!

“Kenapa dengan Gina Pakcik,.makcik?” soal aku ingin tahu mengapa Regina boleh jadi begitu.

“Susah Makcik nak cakap,tapi ini semua punca Gina memakai susuk, dia ada terlanggar pantang dan akibat nya dia jadi begini” jelas ibu Regina dengan nada sebak.

Barulah aku teringat sesuatu tentang kepergian Gina ke Thailand dulu dan bila tiba-tiba dia muncul, dia lebih cantik luar biasa.

Aku berasa tidak percaya yang Gina sanggup memakai susuk semata-mata untuk mengikat pandangan Adam yang kini mereka telah pun bercerai,.

Betapa seksa nya kehidupan Gina ketika sebelum dia menghembus kan nafas nya yang terakhir, itu pun sewaktu aku tiada di kampung lagi kerana telah pulang ke ibu kota untuk bekerja seperti biasa.

Begitulah kisah hidup Regina Yang sangat sadis apabila dia sanggup memakai susuk demi untuk mendapat lelaki idaman nya dan ia berakhir dengan begitu tragis sehingga membuatkan nya menjadi tak siuman dan meragut nyawa nya sendiri.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan andai insan yang kita sayang bukan jodoh terbaik buat kita maka berserahlah kerana hidup ini satu pencarian seandainya gagal maka ada jalan lain atau insan lain buat kita, maka jangan berputus asa. Dia Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*