Peminat Teka Yusry Lisa Bakal Timang Anak Lelaki

Share This:

Meniti hari untuk menimang cahaya mata kedua, nampaknya penyanyi dan komposer terkenal, Yusry KRU lebih bersikap terbuka dalam berkongsi perkembangan peribadi rumah tangga mereka.

Terbaru menerusi Instagram Yusry sendiri ada memuat naik gambar baby bump isteri tersayang sambil mencoret kapsyen yang ternyata bapa kepada seorang anak ini sudah tidak sabar untuk mempunyai seorang lagi zuriat.

“We are almost there sayang. Cepat betul masa berlalu. Yahaira nak jadi Kak Yong dah,” tulis Yusry.

Setakat artikel ini ditulis, gambar tersebut berjaya mencuri perhatian orang ramai sehingga mendapat ‘likes’ hampir 21 ribu. Tak kurang juga ramai yang turut teruja melihat baby bump Lisa tu.

Rata-rata mendoakan kandungan lisa sihat dan selamat bersalin. Menariknya peminat seakan pandai betul dalam menilik dan meneka perut Lisa tu. Kata mereka baby boy. Kalau betul, seronoklah pasangan Yusry dan Lisa ada anak sepasang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*