Negeri Sembilan Mesti Ada Mentaliti Kemenangan – MB

Share This:

SEREMBAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan setiap pemain skuad Rusa supaya mempunyai mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan bagi memastikan kejayaan milik mereka.

“Kalau ada mentaliti untuk menang…InsyaAllah (kita boleh mencapai kemenangan). Jangan kita hidup ini berasa selesa, sebaliknya mesti sentiasa mahu berjaya,” katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian menjelang perlawanan suku akhir kedua antara Negeri Sembilan dan Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini Jumaat malam.

Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 1 April lepas, Sabah tewas 0-1 kepada juara dua kali Piala FA, Negeri Sembilan di gelanggang sendiri ​​menerusi jaringan pemain import pasukan pelawat dari Montenegro, Marko Simic pada minit ke-26.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut mengingatkan pemain supaya menganggap setiap perlawanan itu sebagai pentas akhir kerana matlamat skuad Rusa ialah untuk muncul juara.

“Saya doakan Negeri Sembilan menang pada perlawanan suku akhir kedua itu. Kita jangan mudah selesa…bermain dengan baik kerana setiap perlawanan berbeza,” katanya.-Bernama

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*